Resepi Kek Pandan Chifon Gebu Beserta Tips Penuh

66337

Teringin nak cuba resepi kek pandan yang gebu hasil air tangan sendiri ? Boleh sebab kali ni saya sertakan video tutorial beserta tips untuk awak dapatkan hasil yang pasti puas hati.Untuk jadikan kek ni sebagai kek pandan layer, double saja kuantiti ya.

Saya tak berikan resepi kek pandan ni dalam sukatan cawan untuk elakkan dari terlebih terkurang bahan .Jadi dalam sukatan gram supaya lebih tepat. Yang bestnya, bila saya tekan kek, ianya melantun balik pada kedudukan asal. Memang gebu dengan resepi ni

Kalau ada yang mencari resepi kek pandan kukus, yang ni tak sesuai sebab ianya guna kuantiti tepung yang sedikit dan menggunakan telur yang banyak. Kalau kukus , memang tak naik la. Nanti kita belajar yang lain untuk kukus. Boleh tengok Resepi Kek Kukus Ombre Dengan Tips Ini di sini kalau nak kek kukus.

Bahan – bahan untuk kek pandan chifon gebu ni:
Resepi asal dari Puan Zaimah Zakaria dan dicuba serta diubah suai oleh saya.

Resepi kek pandan kukus chifon gebu

Bahan A

  • 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
  • 65 gram minyak jagung
  • 90 gram susu segar
  • 1 sudu makan pandan paste
  • 70 gram tepung naik sendiri

#1: Untuk bahan A , boleh tengok video tutorial di atas dan dibawah post ni untuk jelas. Tak perlu mixer hanya gunakan whisk sahaja.

#2: Whisk telur hingga sebati.Masukkan minyak jagung dan kacau lagi.Tambah susu bersama pandan paste dan kacau hingga sebati. Ayak tepung dan kacau hingga halus elok. Jangan biarkan adunan kek pandan berketul. Tapis jika perlu.

Bahan B

  • 5 biji putih telur gred A
  • 70 gram gula halus

Bahagian untuk jadikan meringue ini penting untuk elakkan kek pandan anda gagal. Kalau over mixed, kek akan turun/mendap selepas masak.Tengok video tutorial atau gambar di bawah untuk dapatkan soft peak.

Resepi kek pandan kukus chifon gebu

#1: Ini bentuk soft peak yang kita mahukan. Dalam mixer, masukkan putih telur dan kacau perlahan dahulu untuk hasilkan buih. Selepas dah berbuih , masukkan gula sedikit demi sedikit.Dan naikkan kelajuan lebih kurang 1-2 minit.

#2: Check meringue awak dan bila dah nampak soft peak , ok dah.Masukkan ke dalam adunan bahan A tadi dengan 3 kali masuk. Setiap kali masukkan meringue, kaup balik hingga sebati.

#3: Gunakan loyang size 7×7 yang dialas dengan baking paper . Masukkan adunan dan hentak loyang serta tepuk dinding loyang untuk keluarkan buih udara.

#4: Pastikan oven dah dipanaskan 15 minit pada suhu 160’C. Bakar guna teknik waterbath.Tengok video tutorial di bawah. 30 minit pertama , bakar pada suhu 160’C dan selepas tu, buka oven dan tutup permukaan atas dengan aluminium foil.Untuk elakkan dari hangit atau terlalu perang di atas. Bakar lagi 30 minit pada suhu 140’C.

Resepi kek pandan kukus chifon gebu

#5: Buka pintu oven sedikit dan biarkan kek pandan 10 minit. Kek akan turun sedikit menjadi rata semula. Keluarkan kek atas redai dan terbalikkan semula pada posisi normal. Sejukkan kek baru potong.

Memang gebu habis guna resepi kek pandan yang ni. Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom