Resepi Kek Pandan Gula Melaka Mudah Tapi Sedap Sangat

4672
Nak hasilkan kek pandan gula melaka yang sedap dan menarik ? Memang kena cuba la resepi ni tau.Tips untuk dapatkan kek pandan yang sedap adalah gunakan unsalted butter dan juga sewaktu nak hias kek, titiskan karamel gula melaka

Antara kek yang sesuai dijadikan  kek hantaran dalam bersaiz kecil ialah kek pandan gula melaka.Warnanya yang hijau teserlah dalam paper cup dan diatasnya ditambah dengan gula melaka buttercream frosting memang satu gandingan ideal untuk majlis bertunang atau dijadikan hantaran di dalam kotak yang menarik.

Untuk hasilkan kek pandan gula melaka yang sedap,anda digalakkan menghasilkan sendiri perasa utama kek nya iaitu jus pandan.Memang berbeza bila gunakan jus pandan asli berbanding yang telah siap di dalam botol.

Ok untuk anda yang mahu mencuba hasilkan kek pandan dengan frosting gula melaka buttercream ini dalam senarai menu tempahan,anda perluka nozzle acuan 2D untuk hasilkan corak yang cantik.

Penggunaan loyang yang sedikit tinggi akan naikkan lagi seri kek.Untuk dapatkan sebiji sama di dalam resepi ini, anda boleh cari loyang seperti ini di Bakery Rakan beserta papercupnya sekali.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Pandan Kukus Gebu Guna Blender Sangat Mudah

Untuk menambahkan lagi seri kek pandan gula melaka ni, titiskan dalam anggaran 2-3 titis karamel gula melaka di atas frosting buttercream bagi memberi rupa yang lebih menarik.

Terima kasih kepada Puan Huzzaeen Rosli yang sudi berkongsi resepi kek menarik ini.Untuk tempahan kek dengan beliau,anda klik sahaja pada nama dan terus dibawa ke fb beliau ya.

Bahan-bahan Resepi Kek Pandan Gula Melaka :

  • 200 gram tepung gandum
  • 200 gram gula kastor
  • 125 gram unsalted butter
  • 2 biji telur ayam gred A
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 75 gram santan pekat kotak *
  • 25 gram air *
  • 2 sudu makan jus pandan *
  • 2 titik pewarna hijau *

( Semua bahan bertanda * dicampurkan sekali )

Nak hasilkan kek pandan gula melaka yang sedap dan menarik ? Memang kena cuba la resepi ni tau.Tips untuk dapatkan kek pandan yang sedap adalah gunakan unsalted butter dan juga sewaktu nak hias kek, titiskan karamel gula melaka

Cara Penyediaan Kek Pandan :

#1: Panaskan oven terlebih dahulu.Ayak tepung bersama baking powder sekurang-kurangnya 2 kali untuk sebati.Pukul butter,esen vanilla dan garam sehingga kembang.Boleh gunakan mixer tangan atau mesin.

#2: Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga gebu barulah masukkan telur.Bila dah sebati,masukkan campuran yang bertanda tadi.Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau guna senduk je bagi sebati.

#3: Susun papercup dalam loyang dan masukkan 3/4 sahaja adunan kek pandan.Jangan banyak nanti kembang melimpah.Bakar sehingga masak pada suhu 160’C selama 25 minit guna api atas bawah.Dah masak sejukkan.

Nak hasilkan kek pandan gula melaka yang sedap dan menarik ? Memang kena cuba la resepi ni tau.Tips untuk dapatkan kek pandan yang sedap adalah gunakan unsalted butter dan juga sewaktu nak hias kek, titiskan karamel gula melaka

Bahan Resepi Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream Frosting : 

  • 50 gram gula melaka dihancurkan
  • 2 helai daun pandan
  • 1/8 cawan air
  • 3 biji putih telur sahaja
  • 110 gram gula kastor
  • 150 gram unsalted butter
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Penyediaan Gula Melaka Buttercream Frosting : 

#1: Campurkan gula melaka,daun pandan dan air dalam periuk.Masakkan serta kacau hingga hancur.Tutup api dan sejukkan dahulu

#2: Campurkan putih telur,gula dan garam dalam bekas dan masak menggunakan kaedah double boil sehingga  gula hancur. Dah hancur masukkan adunan ni ke dalam mixer dan pukul hingga adunan kental.

Perlahankan mixer dan campur butter sedikit demi sedikit.Pukul sebati.Barulah masukkan campuran karamel gula melaka dan pukul sebati seketika.

Nak hasilkan kek pandan gula melaka yang sedap dan menarik ? Memang kena cuba la resepi ni tau.Tips untuk dapatkan kek pandan yang sedap adalah gunakan unsalted butter dan juga sewaktu nak hias kek, titiskan karamel gula melaka

#3: Barulah paipkan ke atas permukaan kek pandan tadi.Jangan lupa masak gula melaka tuk 1/3 lagi untuk kita titiskan atas permukaan kek ya.Barulah cantik.

Memang lengkap habis resepi beserta tips buat kek pandan gula melaka ni.Selamat mencuba daripada kami ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom