Resepi Kek Pandan Kukus Gebu Guna Blender Sangat Mudah

52249

Kali ni saya nak berikan kepada anda resepi kek pandan kukus.Kenapa anda mesti buat resepi kek ni ? Sebab terlalu mudah. Untuk siri video kebelakangan ini,saya tunjukkan banyak jenis kek yang boleh dibuat menggunakan blender atau pengisar makanan sahaja.

Kenapa saya berikan kek guna kaedah ni ?

Sebab saya sering mendapat permintaan daripada mereka yang ingin mencuba hasilkan kek sendiri tak kira kek pandan , kek span atau kek cheese leleh tapi tidak mempunyai kelengkapan atau alatan yang mencukupi. Jadi sebagai alternatif , saya berikan video tutorial dalam cara yang paling mudah. Jadi anda boleh cuba di rumah. Tetap gebu dan lembut tau.

Mudahnya sekarang, terasa je nak makan kek pandan kukus,

Untuk kek pandan kukus yang gebu ni, saya tukarkan gandum / soda bikarbonat kepada self raising flour. Ini memudahkan lagi kerja anda.Tak perlu ayak 2-3 kali . Boleh dapatkan di pasaraya atau kedai bakery.Senang ja cari ni.

Untuk video tutorial  kek pandan gebu ni, boleh tengok video yang saya sediakan pada bahagian atas dan bawah supaya anda lebih faham.

Mudahnya sekarang, terasa je nak makan kek pandan kukus,

Adunan kek pandan kukus ni untuk saiz loyang berukuran 6 inci atau 3-4 orang makan. Kalau anda nak buat saiz besar, gandakan sahaja bahan-bahan resepi kek di bawah ni ya. Kek kukus ini juga manisnya sederhana sahaja sebab saya suka rasa sebegini.

Bahan-bahan kek kukus pandan ni :

  • 3 biji telur ayam gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 1 cawan self raising flour

Kalau anda tiada self rasing flour , boleh gantikan dengan 1 cawan tepung gandum serta 1 sudu teh soda bikarbonat. Ayak adunan 2-3 kali supaya sebati. Ini tips penting tau.

Semua bahan-bahan dah ada , jom tengok cara penyediaan kek kukus pandan yang senang dan gebu ni. Jangan lupa tengok video tutorial supaya anda mudah faham.

Mudahnya sekarang, terasa je nak makan kek pandan kukus,

#1 : Masukkan  air ke dalam pengukus dan didihkan.Biarkan.Masukkan semua bahan-bahan kecuali self raising flour ke dalam blender. Blend sehingga adunan kembang sekitar 3-5 minit. Kisar secara henti-henti untuk elakkan motor pengisar cepat rosak.

#2: Adunan kek yang telah dikisar masukkan ke dalam mangkuk seperti dalam video.Ayak tepung self raising flour atau tepung naik sendiri ini. Kacau sehingga sebati.

#3: Alaskan loyang bersaiz 6 dengan baking paper dan sapu butter pada tepi loyang.Untuk dapatkan tekstur kek pandan yang halus dan cantik, tapis adunan sebelum masuk ke dalam loyang. Kalau tak nak tapis, blend ja.

Mudahnya sekarang, terasa je nak makan kek pandan kukus,

#4: Kukus sekitar 35 minit untuk saiz loyang ini. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan . Terpulang pada anda jika nak jadikan kek ini kek cheese leleh atau nak letak topping pilihan. Untuk kek cheese leleh, rujuk Resepi Kek Cheese Leleh Gebu Hanya Guna Blender di sini.

Dah siap dah kek kukus pandan ni.Memang lembut dan rasanya yang gebu walau guna cara mudah .Selamat mencuba tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

VIDEO TUTORIAL : RESEPI KEK PANDAN KUKUS