Resepi Kek Pisang Coklat Moist Best. Dari Kayangan Nih!

3341
Kami kongsikan resepi kek pisang coklat yang cukup lembab dan sedap untuk anda cuba. Dengan rasa penuh coklat dan pisang , memang gandingan sempurna.

Kami kongsikan resepi kek pisang coklat yang cukup lembab dan sedap untuk anda cuba. Dengan rasa penuh coklat dan pisang , memang gandingan sempurna. Tak menyesal untuk mencubanya.

Antara pisang yang sedap boleh anda gunakan untuk kek pisang coklat ini ialah antaranya dari pisang berangan, pisang emas, pisang lemak manis dan beberapa jenis pisang lagi.

Tips penting untuk resepi kek pisang coklat ini adalah cara untuk elakkan coklat chip di bahagian topping tenggelam. Caranya adalah sebelum masukkan ke dalam adunan, gaulkan bersama tepung gandum agar ianya bersalut terlebih dahulu.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Pisang Gebu Best Pakai Blender Aje Tauuuu

Barulah dimasukkan ke atas lapisan adunan. Cara ini kan buatkan topping tidak tenggelam masuk ke dalam kek.

Terima kasih kepada Puan Ekin Majid di atas sumbangan resepi kek pisang coklat yang sangat mewah ini. Nampak begitu sedap dan moist. Nanti boleh kami cuba buat.

Kami kongsikan resepi kek pisang coklat yang cukup lembab dan sedap untuk anda cuba. Dengan rasa penuh coklat dan pisang , memang gandingan sempurna.

Bahan Resepi Kek Pisang Coklat Lembab :

Bahan Basah :

  • 4 biji pisang
  • 120 gram gula perang
  • 115 gram butter
  • 120 gram buttermilk ( 1/2 cawan susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) satukan dan biarkan ianya menjadi buttermilk
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kering : 

  • 160 gram tepung gandum
  • 25 gram serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 80 gram coklat chip 
  • 30 gram walnut ( dalam resepi ini tak pakai, tapi kalau letakkan lagi sedap di bahagian topping bersama coklat chip )

Cara Buat Resepi Kek Pisang Coklat Sedap :

#1: Cairkan butter dengan panaskan sekejap. Baru masukkan dalam bekas. Tambah pisang dan lenyekkan hingga hancur. Baru letak gula, butter dan buttermilk. Guna tangan je kacau hingga sebati.

Kami kongsikan resepi kek pisang coklat yang cukup lembab dan sedap untuk anda cuba. Dengan rasa penuh coklat dan pisang , memang gandingan sempurna.

Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder,baking soda dan garam lebih kurang 2 kali. Barulah masukkan ke dalam bekas adunan sedikit demi sedikit dan gaul manja.

#2: Ambil sedikit dari sebahagian 80 gram coklat chip. Dalam anggaran 30 gram dan tambah masuk dalam adunan. Gaul sebati.

Masukkan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah disapu dengan marjerin di dinding loyang dan dialas baking paper di ruang dasar. 

Gaul topping iaitu coklat chip dan walnut jika ada dengan tepung gandum biar berbedak sebelum ditambah masuk di bahagian atas. 

Dalam gambar yang warna emas itu ialah aising ball gantikan walnut.

#3: Sementara buat tadi tu panaskan oven pada suhu 170’C selama 10 minit. Barulah masukkan loyang dan bakar pada suhu 155-160’C selama 45-50 minit guna api atas bawah.

Seperti biasa, minit ke 45, cucuk kek pisang dengan lidi sate untuk periksa sama ada sudah masak ke belum. Jika tiada melekat, masak, Jika tepung masih melekat pada lidi, tambahkan lagi masa pembakaran. Selamat mencuba.

Kami kongsikan resepi kek pisang coklat yang cukup lembab dan sedap untuk anda cuba. Dengan rasa penuh coklat dan pisang , memang gandingan sempurna.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom