Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Dan Guna Blender Sahaja

4196

Salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang adalah pisang.Sebut sahaja pisang, pasti terbayangkan warnanya yang kuning keemasan dan ditambah rasa yang begitu sedap di makan mentah ketika masak .Antara pisang fav yang menjadi kegemaran pastinya pisang berangan,pisang lemak manis, pisang emas dan sebagainya.Tapi salah satu kelemahan buah pisang ini adalah tempoh tahan nya ketika masak.Ianya cepat menjadi buruk.

Tapi jangan risau, banyak resepi kek dan kuih yang boleh dihasilkan daripada buah pisang ini.Antarannya cekodok pisang yang pastinya menjadi pilihan untuk dimakan sarapan atau minum petang.Untuk kek pula,apakata buat kek pisang kukus atau dibakar dan juga apam pisang kukus .

Takde oven takde mixer kat rumah jangan risau, apakata anda cuba resepi kek pisang kukus yang senang ni.Kami berikan sukatan dalam cawan tuk anda mudah cuba

Untuk kali ini, kami akan berikan resepi kek kukus yang semestinya mudah hanya dengan menggunakan blender sahaja seperti mana siri video kek kami yang lepas.Cara buat kek pisang kukus ini kami permudahkan kepada anda seperti hanya gunakan blender dan juga terus menggunakan tepung naik sendiri atau self raising flour.

JOM CUBA : Resepi Kek Pandan Kukus Gebu Guna Blender Sangat Mudah

Apa kelebihan tepung ini ?

Anda tidak perlu lagi menggunakan tepung gandum yang perlu ditambah baking powder dan bikarbonat soda. Jika tiada self raising flour, boleh gunakan tepung gandum ke dalam kek pisang kukus ni tapi tambahkan 1 sudu teh baking dan 1 sudu teh bikarbonat soda dab diayak 2-3 kali ya untuk pastikan kek naik seimbang.

Takde oven takde mixer kat rumah jangan risau, apakata anda cuba resepi kek pisang kukus yang senang ni.Kami berikan sukatan dalam cawan tuk anda mudah cuba

Jom kita tengok bahan-bahan untuk kek pisang kukus sukatan cawan ini:

  • 1 cawan tepung self raising flour / tepung naik sendiri.Ini akan jadikan kek terasa pisang dan lembut serta sedikit berderai seperti dalam video tutorial.Jika mahukan sedikit keras , tambahkan lagi setengah cawan tepung.
  • 1 cawan pisang dilenyek yang dalam anggaran 3-4 biji pisang berangan bergantung pada saiz.Nak guna apa-apa pisang pun boleh.
  • 1 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh ovalette

Adunan kek pisang kukus ni untuk saiz loyang berukuran 6 inci – 7 inci atau 3-4 orang makan. Kalau anda nak buat saiz besar, gandakan sahaja bahan-bahan resepi kek di atas  ya. Kek kukus ini juga manisnya sederhana sahaja sebab saya suka rasa sebegini.

Takde oven takde mixer kat rumah jangan risau, apakata anda cuba resepi kek pisang kukus yang senang ni.Kami berikan sukatan dalam cawan tuk anda mudah cuba

Untuk video tutorial  resepi kek kukus ini, boleh tengok video yang saya sediakan pada bahagian atas dan bawah supaya anda lebih faham.

Cara penyediaan kek pisang kukus :

#1: Masukkan ke dalam pengisar atau blender gula halus dan telur serta esen vanilla.Kisar hingga adunan kembang dan sebati.Ketepikan seketika

#2: Panaskan air dalam pengukus serta lapik bahagian bawah loyang dengan baking paper dan leserkan bahagian tepi dengan butter untuk mudah keluarkan kek kukus.Lenyek pisang tadi sehingga hancur.Masukkan minyak jagung ke dalam adunan pisang seperti dalam video.Sebatikan

#3: Tambahkan pula adunan gula dan telur tadi ke dalam bekas pisang lenyek.Sebatikan.Tuang ke dalam loyang bersaiz 6/7 inci.Bolehla dipotong pisang dengan nipis dna memanjang untuk disusun cantik di atas adunan.

#4: Kukus kek pisang selama 35 minit – 45 minit menggunakan api sederhana ya untuk saiz loyang ini.

Takde oven takde mixer kat rumah jangan risau, apakata anda cuba resepi kek pisang kukus yang senang ni.Kami berikan sukatan dalam cawan tuk anda mudah cuba

Yeay , keluarkan kan kek yang telah siap dikukus.Dah siap dah .Boleh la dihidangkan untuk keluarga.Sedap dan mudah kan.Selamat mencuba dari kami di dari dapur.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

VIDEO TUTORIAL : RESEPI KEK PISANG KUKUS