Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Dan Tidak Perlukan Mixer Blender

119019
Macam-macam versi kek ni. Ada yang suka resepi kek pisang bakar yang lagi harum mewangi semerbak bau pisang ketika dibakar dalam oven. Memang menggiurkan. Tapi

Antara kek yang paling ramai peminat , dari versi biasa sehinggalah menjadi resepi kek pisang viral dengan penambahan coklat cip , disusun dalam bekas cantik atau ditambah lapisan cheese di tengah-tengah dan atas pun ada.

Memang sangat sedap kek ni kan , nak buat pun senang.Tambah-tambah lagi bila tengok pisang atas kabinet dah masak ranum . Selain daripada buat cekodok atau jemput pisang , ni lah caranya kan.

Macam-macam versi kek ni. Ada yang suka resepi kek pisang bakar yang lagi harum mewangi semerbak bau pisang ketika dibakar dalam oven. Memang menggiurkan. Tapi ada orang sukakan versi satu lagi, masukkan dalam cup atau acuan kecil-kecil , lepas tu kukus kek pisang sehingga masak. Rasanya sedikit lembab berbanding yang dibakar. Pilih saja mana awak suka ea.

Kali ni , Puan Zaimah Zakaria berkongsi resepi kek pisang sukatan cawan. Memang mudah. Dan yang paling best , kalau dekat rumah takde hand mixer atau blender.Jangan risau. Resepi ni hanya menggunakan spatula sahaja. Tapi hasilnya , menawan mata yang memandang.

Saya juga ada menulis Video Resepi Kek Sarang Semut Step By Step . Mudahnya di sini untuk anda cuba selepas ini.

Bahan Resepi Kek Pisang :

  • 5 biji pisang dan dilecek
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh perisa pisang – boleh tak nak letak

Cara-cara buat resepi kek pisang hanya guna spatula ni :

#1: Ayak bahan bahan yang bertanda .Untuk kek yang naik sekata dan bukan di bahagian tertentu seperti di tengah atau tepi, seelokknya ayak 2-3 kali untuk semua bahan tersebar rata dan sebati.Ketepikan

Macam-macam versi kek ni. Ada yang suka resepi kek pisang bakar yang lagi harum mewangi semerbak bau pisang ketika dibakar dalam oven. Memang menggiurkan. Tapi

#2: Panasakan dulu oven pada suhu 160’C lebih kurang 10 minit. Pukul telur bersama gula dan minyak hingga adunan kembang dan bertukar warna menjadi putih. Tambahkan pisang yang siap dilecek hingga hancur tadi. Kacau guna spatula sahaja. Resepi kek pisang simple ni memang pakai ni ja.

#3: Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan adun sebati dengan spatula. Guna loyang size 7 atau 8 inci.Sapu mentega + tepung ke semua bahagian tepi dan untuk lapisan bawah , boleh alas dengan baking paper.

#4: Bakar pada suhu 160’C atau ikut oven masing-masing .Bila bahagian atas dah nampak perang, turunkan suhu 140 dan guna bahagian bawah sahaja . Tapi kalau nak guna api atas bawah pun boleh, ada tips dia. Tutup lapisan atas dengan aluminium foil sekadar tutup.Jangan ketatkan .Baru lah cantik lapisan atas kek pisang tu.

#5: Bakar lebih kurang 30-40 minit sehingga kek masak. Bila dah masak , keluarkan kek dan biarkan sejuk.

Kalau ikut tips dan cara camni, memang puas hati lah tengok hasil kek pisang sukatan cawan ni. Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>