Resepi Kek Red Velvet Kukus Cheese Leleh Step By Step

256344
Resepi kek red velvet kukus cheese yang lengkap dan sedap untuk anda cuba.Memang berbaloi untuk dicuba.Insyaallah anda suka hasil kek red velvet ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga daridapur.com . Mesti akak pening kepala nak buat kek kalau hari jadi anak tiba atau sebarang majlis yang special . Jangan risau, dengan resepi kek red velvet kukus cheese leleh yang kami berikan ni, anda boleh tersenyum riang tengok hasilnya nanti.

Antara tips yang boleh anda cuba untuk resepi kek red velvet kukus ni adalah :

1 : Tutup tudung pengukus dengan kain tuala untuk elakkan wap air jatuh ke atas permukaan kek.Selain itu untuk menyukat, gunakan cawan ukuran metrik standard untuk dapatkan sukatan yang tepat.

2 : Kalau ada yang tanya boleh tak kukus termasuk dengan bekas ? Jawapan dia boleh tapi anda perlu gunakan bekas yang tepat dan betul. Boleh la anda jana pendapatan dengan ambil tempahan kek red velvet kukus snow cheese ni.

Bahan Resepi Kek Red Velvet Kukus :

Bahan A :

  • 2 cawan tepung superfine atau tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder atau serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh garam halus

Resepi kek red velvet kukus cheese yang lengkap dan sedap untuk anda cuba.Memang berbaloi untuk dicuba.Insyaallah anda suka hasil kek red velvet ni.

Bahan B :

  • 1 cawan buttermilk . Cara buat buttermilk adalah masukkan 1 cawan susu segar kotak dan tambahkan 2 sudu makan cuka putih ( cuka biasa ) atau cuka epal . Biarkan selama 5-10 minit . Siap
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak masak
  • 2/3 cawan air panas
  • 3-4 titik pewarna merah 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur ayam gred A

Bahan Resepi Topping Cheese Kek Red Velvet Kukus :

  • 250 gram cream cheese jenama Tortura
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/3 cawan gula
  • 1 sudu makan air perahan lemon

Cara Penyediaan Resepi Kek Red Velvet Snow Cheese Kukus :


#1:
Satukan dan ayak Bahan A ke dalam bekas supaya sebati.Dalam bekas lain, masukkan gula dan minyak dan guna mixer tangan kelajuan sederhana, kacau hingga gula hancur.Masukkan telur ayam,esen vanilla dan pukul hingga kembang.Baru tambahkan buttermilk dan pewarna merah. Kacau lagi dengan mixer hingga adunan bercampur semua.

#2: Sementara ni, boleh didihkan air dalam pengukus. Teruskan dengan masukkan Bahan A tadi ke dalam adunan.Masukkan sedikit demi sedikit dan tambahkan air panas.Kacau hingga sebati dengan hand mixer.

Guna loyang saiz 7-9 inci, sapu dengan mentega atau marjerin pada dinding dan dasar loyang. Masukkan adunan kek red velvet dan kukus pada api sederhana besar sekitar 45-50 minit.

#3: Kek tengah dikukus, boleh buat topping cream cheese. Masukkan semua bahan dan kisar dengan hand mixer supaya sebati dan kental.Kalau anda mahukan sedikit cair,boleh tambahkan susu pekat manis. Ini untuk yang meniaga.

Resepi kek red velvet kukus cheese yang lengkap dan sedap untuk anda cuba.Memang berbaloi untuk dicuba.Insyaallah anda suka hasil kek red velvet ni.

#4: Apabila kek telah masak , sejukkan kek terlebih dahulu dan potong dua atau tiga lapisan kek dan pada setiap bahagian, isikan dengan topping yang telah dibuat tadi.Boleh tambahkan pada pemukaan atas.Terpulang. Hias permukaan atas dengan kek hancur yang melekat pada loyang untuk bagi cantik atau anda boleh tambah parutan cheese.

Masukkan kek dalam peti ais dan biarkan 1-2 jam.Barulah boleh dipotong cantik.Siap dah resepi kek red velvet kukus cheese.Insyaallah sedap dan anda berpuas hati. Lengkap kami berikan resepi kek ini untuk anda.