Resepi Kek Red Velvet Marble Coklat Sangat Lembut Mudah Dibuat

9672
Gebu dan lembut sekali resepi kek red valvet marble ni. Yang bertambah sedap bila ditambah dengan coklat.Dah la kek berbau harum tapi senang je untuk buat.

Bila cuti hujung minggu atau bagi suri rumah, menu minum petang mesti ada bila mood rajin tu datang kan.Selain dari cucur pisang, kek dan kuih muih menjadi pilihan untuk dihidangkan.Apa kata buat resepi kek red velvet marble untuk orang tersayang sambil hirup udara petang.

Resepi kek red velvet marble ini senang je untuk disediakan dan yang lagi best, ianya dicampur dengan coklat.Lagi terasa la dalam kek yang gebu dan harum hasil dibakar dalam oven.

Tak susah pun untuk bahan-bahannya sebab guna mentega/marjerin dan juga tepung serta bahan asas lain.Tapi kalau nak lagi-lagi sedap, gunalah pure unsalt butter seperti jenama Anchor tu. Walaupun sedikit mahal tapi berbaloi rasa kek. Lagi lembut dan terasa mencair di dalam mulut.

Tapi kalau tiada pure butter dan nak jual, boleh je guna marjerin Pelangi atau Buttercup. Jangan salah ya, Buttercup bukan butter tapi ianya adalah satu jenama sahaja.

Kami ada buat video tutorial untuk anda cuba. Kami hanya buat separuh adunan sahaja.Cukup untuk 3-4 orang makan. Comel.Ada video di bawah ya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

Terima kasih kepada Puan Siti Zahrah Harun atas perkongsian resepi kek red velvet marble coklat kepada kami semua ya.Semoga dimurahkan rezeki.

Marble kek adalah salah satu daripada teknik hiasan pada kek.Disebut marble kerana merujuk kepada coraknya yang dilorek dengan sesuka hati tapi membentuk hasil yang cantik dipandang dan naikkan serinya lagi dengan penggunaan 2-3 warna.

Gebu dan lembut sekali resepi kek red valvet marble ni. Yang bertambah sedap bila ditambah dengan coklat.Dah la kek berbau harum tapi senang je untuk buat.

Untuk menyukat bahan resepi kek red velvet ni, gunakan cawan metrik standard dan juga set sudu standard untuk sukatan tepat.Murah je di kedai bakeri tu.

Bahan Resepi Kek Red Velvet Marble Coklat :

  • 250 gram marjerin Buttercup / pure butter
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur ayam gred B / sederhana besar
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu makan red velvet emulco
  • 1/2 sudu makan coklat emulco

Apa beza emulco dengan pewarna ? Emulco secara mudahnya adalah pati pekat sesuatu perasa yang disertakan sekali dengan pewarna.Manakala pewarna seperti biasa hanya memberi warna. Faham ya secara mudahnya .

Boleh tengok video tutorial di bawah ya.

Cara Penyedian Resepi Kek Red Velvet Coklat Istimewa :

#1: Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. Anda boleh juga guna tepung naik sendiri.

Guna mixer tangan atau meisn, pukul gula dan buttercup sehingga gebu dan bertukar menjadi warna putih pucat.Masukkan telur, susu pekat dan esen vanilla.Teruskan pukul sekejap supaya sebati.

#2: Mausukkan tepung gandum yang siap diayak tadi dan kaup balik sahaja.Jangan kacau atau pukul ya. Biarkan sebati dan siap.

Bahagikan kepada 3 adunan. Adunan pertama biarkan kosong, kedua masukkan emulco red velvet dan ketiga masukkan emulco coklat. Gris dinding loyang dengan marjerin dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak . Saiz loyang 8-9 inci.

Gebu dan lembut sekali resepi kek red valvet marble ni. Yang bertambah sedap bila ditambah dengan coklat.Dah la kek berbau harum tapi senang je untuk buat.

#3: Masukkan adunan secara berselang seli dari setiap bahagian dan lorekkan guna kretiviti anda. Ini terpulang. Jangan lupa panaskan dulu oven 10 minit.

#4: Bakar adunan selama 50 minit guna api atas bawah pada suhu 165’C.Sejukkan kek red valvet marble sebelum dikeluarkan ya.

Cubalah.Senang kan resepi kek red valvet marble ni.Memang sedap dan gebu serta sesuai untuk hidangan minum petang anda.</>

Video Tutorial Kek Marble Red Velvet  Coklat Gebu :