Salah satu resepi kek yang tidak pernah luput dek zaman adalah resepi kek sarang semut.Walaupun bermacam-macam kek baru keluar hasih ubah suai bahan,kek ini tetap bertahan pada kelompok peminat nya sendiri.
Kek sarang semut ada banyak nama.Ada yang panggil kek gula hangus manakala di Kelantan,kek ini dipanggil kek span.Memang saya ingat dulu,waktu-waktu malam raya,emak akan buat kek ini untuk dimakan di pagi raya.
Tips untuk mendapatkan sarang yang elok dan menjadi adalah dengan memotong kek secara melintang dan bukan pada kebiasaan. Maksudnya anda belah dua kek barulah dipotong.
Selain itu, jangan guna mixer atau pukul adunan.Cukup dengan kacau manja menggunakan whisk sahaja.Ingat tips ini untuk dapatkan sarang yang bagus ya.
Untuk elakkan resepi kek sarang semut menjadi pahit,gula hendaklah diperangkan atau dihanguskan dengan api yang kecil untuk elakkan kek menjadi pahit.
Semasa proses ni,jangan kacau gula yang tengah mencair nanti anda akan dapat ketulan keras yang maksudnya anda kena repeat semula step dari awal.
Bila dah cair semunya,barulah tutup api sekejap dan masukkan air panas dan buka api besar untuk pastikan gula tadi sebati.
Ikut TiK ToK Ben Safwan untuk menu-menu kampung asli mudah di sini : Tik Tok Ben Safwan
Kenapa perlu perap kek sarang semut ni ?
Ianya untuk jadikan sarang di dalam kek banyak dan kek menjadi gebu serta cantik.Kebiasaan kek diperap selama 1 jam – 1 1/2 jam untuk soda bikarbonat merebak ke semua adunan dan bukan pada satu tempat sahaja.
Pastikan anda masukkan gula hangus yang suam. Ini boleh singkatkan masa perapan kepada masa di atas
BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Batik Lembut Yang Sangat Sedap Dan Mudah
Tonton video tutorial kek sarang semut di bawah ini untuk lebih jelas dan faham.
Bahan-bahan Resepi Kek Sarang Semut :
Tips : Gunakan cawan metrik supaya sukatan tepat dan kek mendapat hasil yang terbaik.
- 1 1/4 cawan gula putih
- 1 cawan air panas mendidih
Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu.Ratakan gula ke seluruh bahagian periuk.Bila dah start mencair jangan kacau gula.
Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas.Hati-hati untuk elakkan terkena badan anda.Buka api dan sebatikan.Biarkan suam.
- 1 cawan tepung gandum
- 125 gram butter ( cairkan dan sejukkan )
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 5 biji telur gred B ( 4 jika Gred A )
- 1/4 cawan susu pekat
- 1 sudu teh essen vanila
Cara-cara penyediaan resepi kek sarang semut ini :
#1: Dalam bekas,kacau telur bersama susu pekat manis dan essen vanilla.Guna whisk sahaja.Tak perlu kembang cukuplah sehingga telur kuning pecah dan sebati sahaja.Tambahkan buttercup yang telah dicairkan menggunkan kaedah double boil.Pastikan dah sejuk ya. Kacau manja biar sebati sahaja.
#2: Ayak dulu tepung bersama soda bikarbonat dalam bekas lain supaya elok bercampur semuanya.Barulah dimasukkan ke dalam bekas di langkah 1 sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-perlahan.
Barulah ditambah dengan air gula perang yang suam .Kacau hingga adunan sebati. Tujuan nya untuk pastikan soda bikarbonat telah bertindak balas.
#3: Alaskan loyang 7×7 inci dengan parchment paper gris dinding loyang dengan marjerin atau butter dan masukkan adunan yang ditapis. Barulah perap selama 1 jam – 1 1/2 jam.
#4: Nak bakarnya mesti kena faham oven sendiri. Jadi kalau oven biasa, dalam 150 ‘C – 160’C selama 45-50minit.Ingat gunakan api bawah sahaja ya.
Tips : Boleh cucuk dengan lidi untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke 45 Kalau tak melekat tepung,masak la tu.
Sejukkan dan keluarkan kek sarang semut barulah dipotong melintang untuk serlahkan sarangnya. Mula-mula anda belah dua kek dan tengok alur sarang, barulah dipotong melintang melawang alur dan Insyaallah keluar lah sarangnya.
Kek sarang semut kalau jadi dia akan rasa kenyal, tak rasa span.Selamat mencuba ya.Moga anda akan berpuas hati dengan hasil resepi kek sarang semut ni
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom