Resepi Kek Span Cheese Yang Paling Senang Tapi Sangat Gebu

58620

Kalau sebut resepi kek span cheese, anak-anak suka sangat bab ni. Memang sekejap je licin kek.Best sebab gebu kan serta penuh rasa cheese. Resepi ni lebih kurang sama dengan Resepi Kek Pandan Chifon Gebu Beserta Tips Penuh disini yang saya buat minggu lepas.

Untuk resepi kek span cheese kali ni, saya buat cara yang paling senang dan tidak mudah muak, Sebab cheese tidak dicairkan secara keseluruhan tapi hanya letak pada layer sahaja. Jadi cara camni memang rasa ringan tekstur kek. Boleh rujuk video tutorial kek span cheese yang saya sediakan di atas dan bawah ni.

Bahan-bahan untuk kek span cheese ni seperti di bawah. Boleh gunakan cheese pelbagai jenama asalkan cheddar cheese ya.Yang pewarna tu terpulang , tak nak letak ke letak. Saya letak supaya nampak cantik je kek span cheese ni.

Bahan resepi kek span cheese sedap : 

Bahan A

  • 5 biji kuning telur gred A
  • 65 gram minyak jagung
  • 90 gram susu segar
  • 1 sudu makan pandan paste
  • 70 gram tepung naik sendiri
  • 4-8 keping cheese
  • 1 sudu teh esen vanilla

Resepi kek span cheese meleleh

#1: Untuk bahan A , boleh tengok video tutorial di atas dan dibawah post ni untuk jelas. Tak perlu mixer hanya gunakan whisk sahaja.

#2: Whisk telur hingga sebati.Masukkan minyak jagung dan kacau lagi.Tambah susu esen vanilla.Kacau lagi. Ayak tepung dan kacau hingga halus elok. Jangan biarkan adunan kek span cheese berketul. Tapis jika perlu.

Bahan B

  • 5 biji putih telur gred A
  • 70 gram gula halus

Bahagian untuk jadikan meringue ini penting untuk elakkan kek span cheese anda gagal. Kalau over mixed, kek akan turun/mendap selepas masak.Tengok video tutorial atau gambar di bawah untuk dapatkan soft peak.

Resepi kek pandan kukus chifon gebu

Cara Penyediaan Resepi Kek Span Cheese : 

#1: Ini bentuk soft peak yang kita mahukan. Dalam mixer, masukkan putih telur dan kacau perlahan dahulu untuk hasilkan buih. Selepas dah berbuih , masukkan gula sedikit demi sedikit.Dan naikkan kelajuan lebih kurang 1-2 minit.

#2: Check meringue awak dan bila dah nampak soft peak , ok dah.Masukkan ke dalam adunan bahan A tadi dengan 3 kali masuk. Setiap kali masukkan meringue, kaup balik hingga sebati.

#3: Gunakan loyang size 7×7 yang dialas dengan baking paper Masukkan adunan satu lapis, letak cheese seperti dalam video kamidi bawah ni , masukkan adunan dan tambah lagi satu lapis cheese 4 keping. Masukkan baki adunan dan hentak loyang serta tepuk dinding loyang untuk keluarkan buih udara.

Resepi kek span cheese meleleh

#4: Pastikan oven dah dipanaskan 15 minit pada suhu 160’C. Bakar guna teknik waterbath.Tengok video tutorial di bawah. 30 minit pertama , bakar pada suhu 160’C dan selepas tu, buka oven dan tutup permukaan atas dengan aluminium foil.Untuk elakkan dari hangit atau terlalu perang di atas. Bakar lagi 30 minit pada suhu yang sama

#5: Bila dah siap, renggangkan pintu oven lebih kurang 5 minit. Hentak dan terbalikkan kek span cheese lebih kurang 10 minit.Keluarkan kek span cheese dari loyang dan sejukkan.

Memang gebu habis guna resepi kek span cheese yang ni. Anak-anak suka la bila bab cheese ni kan.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom