Resepi Kek Span Yang Semua Best Pasti Menjadi Insyaallah

27317
Kami berikan anda resepi kek span yang best dan menjadi sempurna jika anda ikut 100% step yang mudah ni. Nak letak flavour apa pun letak je. Best kan.Terbaik

Hari ini kami mahu berikan resepi kek span coklat,pandan ataupun kosong.Apa-apa flavour yang anda nak rasa atau teringin, boleh je masukkan ke dalam resepi kek ini. Guna emulco. Memang senang dan mudah.

Resepi ini jauh lebih baik daripada yang ditawarkan di dalam pjj berbayar. Mungkin anda kurang pasti tapi lepas mencubanya, barulah tau kebenaran yang diucapkan.

Tips resepi kek span :

1- Jangan terlebih pukul adunan. Biarkan ianya naik 2 kali ganda sahaja. Kalau naik lebih, kek span anda akan mendap.

2- Sebelum masukkan ke dalam oven, hentak 2 kali dan selepas keluarkan daripada oven juga, hentak 2 kali. Insyaallah kek span anda tak mengecut.

Kami berikan anda resepi kek span yang best dan menjadi sempurna jika anda ikut 100% step yang mudah ni. Nak letak flavour apa pun letak je. Best kan.Terbaik

Selain daripada resepi kek span coklat ini, anda boleh jadikan dalam bentuk kek yang lain seperti cupcake. Guna resepi sama cuma kaedah dan masa membakarnya sedikit berbeza.

BACA DI LINK BARU : Resepi Pulut Kuning Lembut Dengan Tips Best Dari Pakar.Terbaik

Terima kasih kepada Puan Suarni Salmi di atas sumbangan resepi kek span coklat, pandan ini. Moga puan murah rezeki sekeluarga.

Bahan Resepi Kek Span Coklat: 

  • 200 gram campuran tepung (150 gram tepung gandum + 50 gram serbuk koko)
  • 90 gram tepung jagung
  • 200 gram gula kastor
  • 8 biji telur A
  • 50 gram ovallate
  • 60 gram susu full cream sejuk
  • 80 gram minyak jagung
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla

Ini resepi kek span coklat. Kalau anda nak buat kek span kosong, guna keseluruhan 200 gram tepung gandum ya. Atau nak buat kek pandan, sama juga. Guna keseluruhan tepung gandum dan masukkan emulco flavour pandan.

Cara Buat Resepi Kek Span Coklat Sedap Gebus :

#1: Masukkan semua bahan ke dalam mixer kecuali minyak jagung. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga naik 2 kali ganda. Jangan guna kelajuan tinggi ya.

Keluarkan 1/4 adunan dan tambah dengan minyak jagung. Kacau sebati dan masukkan semula ke dalam adunan. Tak perlu mixer hanya guna senduk kayu dan kaup balik.

#2: Panaskan oven 160’C selama 10 minit. Masukkan adunan kek span ke dalam loyang 9 inci. Bakar kek dengan suhu 150’C selama 70 minit menggunakan api atas dan bawah.

Kami berikan anda resepi kek span yang best dan menjadi sempurna jika anda ikut 100% step yang mudah ni. Nak letak flavour apa pun letak je. Best kan.Terbaik

Untuk cupcake pula, bakar selama 170’C selama 35 minit menggunakan api atas bawah.

Insyaallah dengan tips dan resepi yang kami berikan dapat membantu anda untuk dapatkan hasil kek span yang terbaik.Salamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom