Resepi Kek Span Tembikai Lembut Dengan Tips A Hingga Z.Terbaik

2984
Memang and aboleh buat resepi kek span tembikai ni dengan sempurna walaupun kali pertama cuba sebab kami berikan tips terbaik dengan resepi senang tau.

Kalau ada majlis di mana-mana tempat, kami rasa resepi kek span tembikai ni sangat sesuai.Bila tengok corak warna lengkap dari kulit tembikai, kulit dalam serta isi yang warna kemerahan, memang menarik hati dan tangan untuk mencubanya.

Tapi ramai yang takut untuk buat resepi kek span tembikai sebab nya ? Bila sebut apa-apa jenis kek span, step yang paling penting untuk menentukan kek kita jadi elok atau tidak adalah pada bahagian meringue atau bab putih telur.

Ramai yang keliru soft peak ( mula bertanduk ), stiff peak ( tanduk lurus ), over whipped.Tak perlu risau, tipsnya, anda mixer je sekejap-kejap dan check dah bertanduk ke belum.

Kalau dah over whipped katakan, cara nak baikinya adalah masukkan sebiji lagi putih telur dan dia akan jadi mula dari awal semula.Tapi anda kena letak dalam adunan seperti dalam resepi kek span tembikai lah iaitu 5 biji.

Satu lagi tips adalah penggunaan warna.Gunakan ikut kuantiti adunan je.Biasanya satu dua titik dah cukup untuk adunan hijau dan 3-4 titik untuk merah. Memang akan nampak pucat tapi selepas dibakar warnanya akan timbul .

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Tiramisu Sedap Sangat Dimakan Sejuk.Cair Dalam Mulut

Kalau sebelum dibakar dah terang, selepas dibakar lagilah terang kek span tembikai anda ni, kalau macam tu dah tak cantik dah.

Terima kasih kepada Puan Nor Al Fatihah atas sumbangan resepi kek span tembikai ni. Semoga rezeki puan semakin bertambah.

Memang and aboleh buat resepi kek span tembikai ni dengan sempurna walaupun kali pertama cuba sebab kami berikan tips terbaik dengan resepi senang tau.

Bahan Resepi Kek Span Tembikai Lembut

Bahan A

  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh krim tartar

Bahan B

  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu teh perasa ros
  • Secubit garam
  • 1 cawan tepung kek ( self raising flour )
  • Pewarna merah dan hijau
  • 2 sudu makan coklat rice

Cara Penyediaan Resepi Kek Span Tembikai

#1: Pukul putih telur ,gula dan krim tartar sehingga kental dan mula bertanduk atau dikenali dengan soft peak.Rujuk gambar di bawah.

Memang and aboleh buat resepi kek span tembikai ni dengan sempurna walaupun kali pertama cuba sebab kami berikan tips terbaik dengan resepi senang tau.
https://fountainavenuekitchen.com/

#2: Dalam bekas lain, satukan semua bahan B kecuali tepung kek.perarna dna juga coklat rice.Pukul hingga kembang dan menjadi kuning pekat sebelum dimasukkan tepung kek tadi sedikit demi sedikit.

#3: Masukkan meringue yang kita buat tadi secara 3 peringkat.Kaup balik sahaja adunan.Kaup dari bawah ke tas. Bahagikan kepada 3 adunan. Adunan merah paling banyak sebab dia di bahagian tengah, adunan hijau untuk lapisan kulit luar dan adunan putih tiada warna untuk lapisan kulit dalam.

Untuk tekstur biji tembikai, boleh campurkan coklat rice terus atau anda boleh tabur kemudian nanti.

#4: Masukkan semua adunan dalam piping bag.alas loyang 9 inci dengan baking paper.Anda juga boleh guna loyang yang jenis loose base.Yang boleh keluarkan bawahnya.

Masa untuk piping. Piping adunan hijau membentuk bulatan satu lapisan, diikuti adunan putih barulah penuhkan dengan adunan merah.Siap satu lapisan resepi kek span tembikai, ulang semula dengan lapisan hijau,putih dan merah sehingga penuh satu loyang tinggi.

Memang and aboleh buat resepi kek span tembikai ni dengan sempurna walaupun kali pertama cuba sebab kami berikan tips terbaik dengan resepi senang tau.

#5: Bakar resepi kek span tembikai ni dengan cara waterbath.Iaitu didihkan air sampai mendidih, letak dalam loyang 10/11 inci dengan kuantiti 1/4 loyang, baru masukkan loyang yang berisi kek span tembikai tadi.

Bakar selama 1 jam pada suhu 150’C. Sejukkan kek di atas redai dan barulah keluarkan kek daripada loyang.

Insyaallah dengan tips dan resepi yang kami berikan dapat membantu anda untuk dapatkan hasil kek span yang terbaik.Salamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom