Resepi Kek Span Vanilla Dengan Cara Buat Penuh Tips Dan Teknik

20062

Hari jadi anak hampir tiba dan anda mahu hasilkan kek harijadi mudah  yang menarik dan istimewa daripada hasil air tangan sendiri ? Kami berikan anda resepi kek span bukan dalam sukatan cawan untuk kali ini.Kenapa ? Umum kita tahu, lapisan kek ini adalah lapisan asas untuk kek hari jadi seperti kek cheesecake layer , atau dilapisi dengan buttercream untuk dijadikan kek hari jadi dengan pelbagai hiasan serta tema yang sesuai , kek pengantin di hari bahagia daripada setingkat kepada bertingkat-tingkat dan sebagainya.

Cara buat kek span vanilla ini kami dapat daripada blog Puan Azlita Masam Manis tetapi menggunakan tips dan teknik kami sendiri untuk membolehkan anda mahir dalam masa sekali buat kek ini sahaja. Jimat kan.

Sebelum kita tengok video tuturial step by step membuat kek ini, antara masalah kek span yang umum adalah antaranya , kek naik cantik ketika dibakar tetapi apabila dikeluarkan selepas masak , struktur kek mula mengecut dan kek jatuh. Penyelesaian kepada masalah ini anda memukul atau mengadun adunan kek terlalu lama sehingga hasilkan rongga udara yang banyak dan ianya kembali mengecut.

Jika kek anda tidak naik langsung , maksudnya adunan bahan tidak dipukul secukupnya untuk membolehkan ruang udara mengembang ketika proses pembakaran. Tapi jangan risau , kami pastikan kek span vanilla, perasa coklat,pandan atau cheese anda akan jadi elok dengan pelbagai tips yang telah kami beri di bawah ini.
BACA DI LINK BARU :
 Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya Yang Perlu Akak tahu
Oleh sebab kek ini ringan serta tidak menggunakan tepung yang banyak , ianya tidak sesuai untuk anda kukus.Seeloknya dibakar dan fahamkan perangai oven anda terlebih dahulu sebelum membakar kek jenis ini. Baru ingat, ada kek yang lapisan mudah hangit walaupun tidak masak lagi . Untuk mengatasinya , anda gunakan lapisan aluminum dan tutup longgar permukaan kek span untuk elakkan kek daripada hangit di permukaan atas.

cara bakar kek span vanillaJom tengok bahan-bahan membuat kek span vanilla bukan dalam sukatan cawan tetapi gram bagi pastikan timbangan bahan kek yang tepat. 

  • 4 biji telur termasuk kuning dan putih gred A
  • 170 gram tepung superfine atau tepung kek
  • 180 gram gula halus bukan gula kasar dan juga gula icing
  • 70 gram air putih / mineral / kosong
  • 5 gram baking powder
  • 15 gram ovalette untuk gebukan kek
  • 50 gram minyak jagung
  • 1 sudu tea esen vanilla yang oil based

Jika anda mahukan kek span perasa pandan , hanya gantikan air putih tadi dengan pes pandan serta masukkan sekali pewarna pandan ke dalam adunan. Jom kita tengok tutorial resepi membuat kek span stey by step dari awal hingga akhir ini. 

Cara buat kek span asas untuk hari jadi , majlis kahwin beserta tips dan teknik pula adalah seperti di bawah ini. Insyallah jika anda ikut , hasilnya pasti boleh dibanggakan. 

  • Panaskan oven pada suhu 150’C-170’C selama 15 minit. Kenapa tak boleh berikan suhu tepat ? Sebab anda saja yang kenal dengan ragam oven ketuhar anda. Seperi kami, oven kami diset pada suhu 150’C dan ianya telah memadai.Dah mula panaskan, selepas 7 minit berlalu dah boleh buat resepi ni.Ayak tepung superfine bersama baking powder seperti di dalam video tutorial. Ketepikan.
  • Untuk mengadun adunan , anda boleh guna mixer tangan atau stand mixer .Tiada masalah kerana kita akan fokuskan pada tempoh masa mengacau adunan kek. Tips: Masukkan bahan cecair terlebih dahulu ke dalam mangkuk mixer iaitu telur , air, esen vanilla barulah diikuti dengan bahan tepung ovalette , gula serta tepung yang diayak tadi. Minyak jagung bukan dalam fasa ini.
  • Selepas beberapa ujian masa , tempoh sesuai untuk adunkan kek ini adalah 2 minit 45 saat- 3 minit sahaja. Ya.Kami rakam dan catat tempoh semata-mata untuk elakkan kesilapan pada kek anda yang menjadi bantat atau kembali mendap.Untuk 15 saat pertama gunakan kelajuan no 1 dan naikkan setiap selang masa ini sehingga kelajuan maksima no 5. Selepas dah siap ,tutup serta masukkan pula minyak jagung ke dalam adunan mentah kek span vanilla ini. Gunakan kaedah kaup balik dan pastikan anda tidak mengambil masa yang lama yang boleh membuatkan kek anda menjadi turun semula.
  • Kami gunakan loyang bersaiz 8 inci. Disebabkan tekstur ke span ini adalah ringan , anda tidak perlu gris permukaan tepi dan bawah dengan minyak atau marjerin. Hanya alaskan dengan baking paper. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang dan sepatutnya oven ketuhar sudah pun selesai dipanaskan.
  • Bakar pada suhu 150’C-170’C mengikut oven anda selama 40-45 minit. Jangan guna suhu besar untuk elakkan kek anda menjadi hangit. Kami gunakan suhu 150’C dan selama 40 minit.Normal untuk kek naik ketika dibakar dan turun sedikit sahaja ( tidak mendap ) untuk kek ini.
  • Terus keluarkan kek anda apabila masak dan biarkan sejuk 5 minit . 5 minit ini tempoh penting untuk melihat hasil kek span vanilla atau pandan serta coklat anda berhasil atau tidak. 
  • Terbalikkan kek selama 1 minit sahaja dan terbalikkan kek semula . Pastikan betul-betul sejuk baru boleh anda potong  untuk dijadikan lapisan untuk mengisi butter cream atau cheese cream atau apa-apa pilihan.

kek span perasa vanillaSelamat mencuba kami ucapkan dengan pelbagai tips yang boleh anda praktikkan.
Jom follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.