Resepi Kek Susu Marble Gebu Guna Blender Sahaja.Dibakar Atau Dikukus.

6963
Bagi anda yang nak cuba kek yang sedap, boleh la cuba resepi kek susu marble ni.Nak bakar atau kukus boleh je tiada masalah.Sedap dan gebu rasa kek susu ni

Kadang-kadang terasa nak makan kek yang simple je. Yang senang tapi sedap takde topping semua kan. Macam resepi kek susu marble ni, boleh dikatakan sangat ringkas tak perlukan banyak bahan sangat dan sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang. Digandingkan bersama teh o atau kopi panas, kenyang jawabnya.

Anda boleh pilih sama ada mahu buat resepi kek susu sahaja atau asingkan sebahagian adunan, masukkan perasa dan pewarna serta olah menjadi corak marble. Disamping menjadi cantik dipandang, anak-anak pula suka sebab ada sekurang-kurangnya dua perasa kan.

Bahan utama resepi kek susu ini mestilah susu tepung dan juga susu pekat manis. Anda boleh pilih dari pelbagai jenis jenama yang ada. Sama ada susu Nespray atau susu tepung biasa , yang penting ianya susu tepung kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis Menyelerakan.Bertambah Nasi

Menariknya mengenai resepi kek susu marbel ni , anda boleh bakar kalau mahu rasanya yang sedikit kering dan gebu atau kalau mahu rasa kek susu yang lembab, boleh la kukus.

Sukatan resepi kek susu marble yang diberikan di bawah ini bersaiz sederhana dan sesuai untuk 6-8 orang. Kalau nak buat sikit je, boleh je bahagikan dua saja sukatan bahan. Kalau nak lagi sedap , marjerin tu anda ganti sahaja dengan unsalted butter.Pastinya rasa kek lagi mengancam. Tapi kalau nak guna marjerin je tiada masalah pun.

Terima kasih kepada Puan Suzilawati Sudin kerana sudi menyumbangkan resepi kek susu marble kepada kita semua. Semoga mengalir pahala kebaikan buat anda sekeluarga. Amin.

Bagi anda yang nak cuba kek yang sedap, boleh la cuba resepi kek susu marble ni.Nak bakar atau kukus boleh je tiada masalah.Sedap dan gebu rasa kek susu ni

Bahan Resepi Kek Susu Marble :

  • 1 cawan marjerin/unsalted butter
  • 4 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 sudu makan membukit susu tepung jenama pilihan anda
  • 2 sudu makan penuh susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 cawan tepung self raising flour
  • 2 sudu makan serbuk koko

Sedikit tips tambahan : Gunakan cawan/sudu yang khas untuk sukatan kek supaya tepat. Pilih serbuk koko Van Houten jika mahukan rasa yang sedap dan tidak pahit.

Cara Penyediaan Resepi Kek Susu Marble :

#1: Gunakan blender sahaja pun boleh atau nak guna mixer tangan pun boleh ya. Kali ni saya terangkan untuk blender. Masukkan telur, gula,susu tepung, susu pekat manis,esen vanilla dan marjerin. Blend beberapa kali hingga sebati dan kembang.

Masukkan bahan yang siap dikisar ke dalam bekas dan masukkan tepung naik sendiri.Kacau sebati dan asingkan ke dalam  2 bekas kecil. Satu warna biasa satu lagi masukkan serbuk koko. Kacau sebati.

Bagi anda yang nak cuba kek yang sedap, boleh la cuba resepi kek susu marble ni.Nak bakar atau kukus boleh je tiada masalah.Sedap dan gebu rasa kek susu ni

#2: Sapu dasar dan dinding loyang dengan marjerin .Guna loyang saiz 8-9 inci.Mula masukkan adunan berselang seli dan bentukkan corak sesuka hati.Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar kek susu anda pada suhu 160’C selama 45-50 minit dengan api atas bawah.

#3: Kalau anda nak kukus pun boleh resepi kek susu marble ni. Terpulang ya.Kalau kukus, kukus api sederhana besar selama 50-60 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba resepi kek susu marble ini.Pastinya puas hati anda untuk mencubanya.</>