Resepi Kek Tiramisu Sedap Sangat Dimakan Sejuk.Cair Dalam Mulut

2779
Sedapnya resepi kek tiramisu ni.Terasa dengan perasa cappucino dan lapisan cheese yang meresap masuk dalam kek span lembut.Makan sejuk best tiramisu ini.

Sebut sahaja resepi kek tiramisu, terus terbayang lapisan kek sekurang-kurangnya tiga lapisan yang terdiri daripada kek span lembut yang dilapis dengan lapisan cappucino serta lapisan cheese yang sangat sedap. Kemudian disimpan di dalam peti dan akhirnya cair di dalamn mulut.

Kalau di Malaysia , antara tempat yang senang untuk dapatkan kek tiramisu ini semestinya di Secret Recipe pada harga RM 12.90 +- sepotong. Untuk lagi jimat, kita akan belajar buat kek sendiri untuk anda sediakan di rumah.

Sebelum bahan cappucino diubah dengan serbuk milo, serbuk nescafe untuk mudahkan cara buat,ada baiknya kita kenal sejarah tiramisu ini.

Berasal dari Itali, Tiramisu itu adalah dari kategori puding dan trifle.Namanya Pick Me UP, dan bukannya kek.Cuma sesuai dengan selera orang Malaysia, ianya diolah menjadi kek.Jika resepi tiramisu asal,ianya menggunakan biskut panjang yg dicelup dlm campuran kopi & kahlua. Dikemaskan dgn taburan serbuk koko yg diayakkan di atas permukaannya.

Diterangkan bahawa kahlua yg mereka guna adalah campuran pati espresso dgn rum. Jadi hati-hati jika makan di luar negara. Sememangnya rum menjadi pilihan untuk dimasukkan di dalam bagi hasilkan kek yang wangi dan lembut di luar negara.

Pastikan bertanya sama ada pencuci mulut itu alcohol free atau tidak.

Sedikit Tips Untuk Resepi Kek Tiramisu :

1- Mesti gunakan mascarpone cheese selaras dgn resepi klasik. Boleh ganti dgn cream cheese biasa, cuma rasanya tidaklah asli.

2. Fokus rasa ialah lemak-lemak pahit manis dari rasa mascarpone cheese & kopi.

3. Kek tiramisu perlu direhatkan paling kurang 8 jam utk perisanya benar2 meresap dan sebati antara satu sama lain.

Bahan Resepi Kek Tiramisu Tekak Malaysia :

Bahan Kek

  • 175 gram tepung gandum yang diayak 3 kali dengan baking powder
  • 1 sudu teh baking powder
  • 4 biji telur ayam
  • 1 sudu makan ovellete
  • 1 sudu makan perasa espresso / coffee
  • 170 gram gula kastor
  • 50 ml susu segar cair
  • 50 ml minyak jagung

Cara Penyediaan Kek Span :

#1: Satukan semua bahan kecuali minyak jagung. Pukul hingga adunan kembang atau telah naik sekali ganda.Baru masukkan minyak dan kacau manja rata.

Masuk dalam loyang yang siap digris dengan minyak dan bakar selama 35-40 minit pada suhu 160-165’C menggunakan api atas bawah. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dan dipotong pada 3 bahagian.

Sedapnya resepi kek tiramisu ni.Terasa dengan perasa cappucino dan lapisan cheese yang meresap masuk dalam kek span lembut.Makan sejuk best tiramisu ini.

Bahan Resepi Cheese Mousse :

  • 6 biji kuning telur
  • 250 ml susu segar
  • 1/2 caw n gula
  • 500 gram mascarpone cheese/ cream cheese
  • 1/2 cawan non dairy whipping cream dipukul hingga kental terlebih dahulu

Cara Penyediaan :

#1: Satukan kuning telur dan gula dalam periuk.Whisk hingga semua sebati dan masak menggunakan kaedah double boiler.Biarkan panas sedikit baru masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau hingga pekat.

Tutup api ,biarkan sejuk dahulu sebelum masukkan mascarpone cheese/ cream chese,kacau hgga sebati.Akhir sekali masukkan whipping cream dan kaup balik hingga rata.

Bahan Cappucino Cream Resepi Kek Tiramisu :

  • 250 ml non dairy whipping cream
  • 1 sudu makan perasa cappucino
  • 1 sudu teh nescafe jika mahu

Satukan semua bahan dan pukul kental.

Cara Melapis Resepi Kek Tiramisu :

#1: Kek yang dipotong 3 lapisan tadi diambil satu lapisan dan diletakkan pada dasar bekas kaca atau loyang. Sapukan creamy cappucino satu lapisan dan seterusnya lapisan cheese tadi.Ulang langkah sama untuk lapisan kedua dan ketiga.

Sedapnya resepi kek tiramisu ni.Terasa dengan perasa cappucino dan lapisan cheese yang meresap masuk dalam kek span lembut.Makan sejuk best tiramisu ini.

Boleh lepa kek dengan adunan cheese juga jika anda suka. Jika mahu rasa nescafe sedap meresap pada kek, and aboleh bancuh air nescafe n renjis pada permukaan kek span sebelum melapis.Terpulanng pada citarasa.

Akhir sekali ayak serbuk koko di atas permukaan kek tiramisu.Simpan dalam peti ais lebih kurang 6-8 jam supaya perasa kek meresap masuk.

Elok buat malam pagi dah boleh makan.Selamat mencuba kek tiramisu best ni.

Sedapnya resepi kek tiramisu ni.Terasa dengan perasa cappucino dan lapisan cheese yang meresap masuk dalam kek span lembut.Makan sejuk best tiramisu ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </> Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom