Hari ini kami nak berikan resepi kentang goreng rangup yang best untuk ibu-ibu sediakan kepada anak-anak.Dengan buat kentang goreng sendiri, kesihatan anak-anak pun lebih terjamin. Kenapa kami cakap macam ni ?
Kentang goreng yang dijual di restoran segera adalah tidak sihat dan tidak bagus untuk kesihatan anak-anak tapi kenapa mereka sukakannya ?
Kerana rasa rangup kentang yang terhasil daripada penggunaan minyak yang ditambah dengan lemak trans. Baca bab keburukan lemak trans ( transfat ) da juga jumlah kandungan garam.
BACA DI LINK BARU : Resepi Lamb Chop Sos Blackpepper Homemade Tapi Power
Oleh sebab itu resepi kentang goreng ni diberikan kepada anda.Untuk buat dan sekaligus jaga kesihatan anak-anak.Tips anda boleh cuba ialah :
1: Pilih kentang yang bersaiz besar dan kulit licin untuk hasilkan potongan jejari kentang yang besar dan cantik.Gunakan pisau pemotong yang bergerigi untuk corak.
2: Untuk kekal rangup dan rasa kentang lembut di dalam, rendamkan seketika kentang dalam campuran cuka dan air. Cara ini membantu hasilkan rasa kentang yang rangup.
3: Goreng dalam minyak yang banyak dan biarkan kentang terendam.
Terima kasih kepada Puan Masriza Basri atas resepi kentang goreng rangup ni. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.
Bahan Resepi Kentang Goreng Rangup :
- 4 biji kentang saiz besar
- 2 sudu makan + 1 cawan air
- 1 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- Sedikit lada sulah
- Secubit garam
Kalau anda sukakan pedas, boleh juga terus guna tepung bestari original.Tapi kalau anak-anak tak suka pedas, boleh bancuh ikut sukatan kami beri.
Cara Penyediaan Resepi Kentang Rangup Sedap :
#1: Kupas bersih kentang.Potong ikut saiz jejari sesuai.Nak cantik guna pisau bergerigi. Rendam 15 minit dalam campuran cuka dan air ya. Gaul dengan tangan supaya sebati. Lepas tu toskan air dan alirkan air sekejap je.Toskan lagi.
#2: Sebab jejari kentang masih basah,terus letak tepung gandum, tepung beras,lada sulah dan garam. Biarkan bersalut.
Panaskan minyak yang banyak dalam periuk. Guna periuk kecil bukan kuali untuk mudahkan kentang tenggelam. Goreng kentang dengan api sederhana besar sehingga masak.
Untuk frozenkan kentang, goreng separuh masak, biarkan sejuk dan masukkan dalam plastik. Ikat kemas dan letak di bahagian frozen. Senang kan.
Nak makan saja ke, nak makan dengan lamb chop chicken chop ke semua boleh. Ikut kesukaan anda. Selamat mencuba resepi kentang goreng rangup n.