Resepi Kerabu Ikan Bilis Rangup Masam Pedas. Berseleranya Makan

103662
Untuk tambahkan selera makan anda, kami berikan resepi kerabu ikan bilis rangup.Sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas.Bertambah la jawabnya makan.

Hari ini kami mahu berikan resepi kerabu ikan bilis yang memang sesuai dimakan dengan nasi putih panas.Sangat sedap dan pastinya bertambah bila makan dengan ikan bilis yang rangup ini. Kesedapan kerabu ini adalah bergantung kepada dua iaitu ikan bilis yang rangup dan kesegaran bahan-bahan yang digunakan.

Untuk penggemar rasa pedas, boleh juga ditambah hirisan cili burung ke dalam kerabu.Sesuaikan rasa pedas dan masam serta manis masin. Garam letak sedikit sahaja atau tak perlu langsung sebab ikan bilis dah cukup masin dah.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis Menyelerakan.Bertambah Nasi

Untuk dapatkan ikan bilis yang rangup, pastikan ikan bilis yang hendak digoreng bebas dari air dan kering sepenuhnya.Jika anda basuh ikan bilis, jemur dulu di tempat panas sekitar 30-1 jam untuk pastikan air keluar daripada ikan. Panaskan minyak secukupnya dan api tidak terlalu besar. Masukkan ikan bilis dan goreng hingga kekuningan serta barulah ditoskan.

Untuk tambahkan selera makan anda, kami berikan resepi kerabu ikan bilis rangup.Sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas.Bertambah la jawabnya makan.

Cara ini akan hasilkan resepi kerabu ikan bilis yang rangup dan anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Bahan Resepi Kerabu Ikan Bilis :

  • 2 genggam ikan bilis goreng rangup
  • 2-3 helai kelopak bunga kantan
  • 1/2 tomato yang dipotong dadu
  • 1 batang hirisan serai
  • 2-3 tangkai cili padi yang dihiris kecil.Kalau suka pedas lebihkan
  • 2 biji bawang merah saiz 50 sen lama
  • 1 helai daun limau purut
  • Asam limau kasturi/limau nipis secukupnya.
  • Gula/kiub ayam secukupnya

Cara Penyediaan Resepi Kerabu Ikan Bilis Sedap :

#1: Potong bahan yang diperlukan.Tomato potong dadu, bahan lain dihiris nipis.Ketepikan bahan.Dalam satu bekas, masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi. Kalau anda nak ramas sikit pun boleh, x nak pun takpe.

Untuk tambahkan selera makan anda, kami berikan resepi kerabu ikan bilis rangup.Sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas.Bertambah la jawabnya makan.

Masukkan semua bahan di atas dan gaulkan dengan gula, sedikit kiub ayam hingga cukup rasa pada selera anda.Masukkan pula air perahan limau kasturi atau limau nipis yang ditapis bijinya atau boleh campur dua sekali.

#2: Kacau sebati semua bahan hingga keluar rasa masam,manis, pedas,masin bersatu sebati.Kalau nak sedap, ramas-ramas sikit untuk keluarkan aroma daun limau purut dan bungan kantan tadi.

Kalau anda nak masukkan sedikit sos ikan pun boleh.Terpulang pada rasa dan selera anda.Yang penting sedap bila dimakan dengan nasi putih panas kan. Selamat mencuba resepi kerabu ikan bilis ni. Terbaik.