Resepi Kerang Sambal Hijau Sangat Sedap Tapi Mudah Dibuat

15200
Kepada penggemar kerang, cubalah resepi kerang sambal hijau yang sangat sedap ni.Memang senang cara buatnya. Guna pula isi kerang yang besar, best.

Hari ini kami nak bagi resepi kerang sambal hijau yang sesuai untuk dimakan dengan nasi putih mahupun dijadikan lauk sampingan nasi lemak. Kalau anda nak tukar menu selain sambal kerang biasa, rendang kerang atau kerang rebus, boleh la cuba hidangan ini.

Untuk resepi kerang ini, sambal hijau yang digunakan datang daripada cili padi yang tidak terlalu pedas dan ditumis hingga masak sehingga hilau bau cili nya. Kalau anda buat banyak dan ada lebihan, boleh la guna sambal hijaunya untuk hidangan ayam goreng, ikan keli goreng atau ikan siakap goreng. Senang kan pelbagai guna.

Nampak besar-besar kan kerang yang kami guna untuk resepi kerang sambal hijau ni kan ? Sebabnya kami guna yang telah siap dikupas memandangkan sekarang saiz kerang segar kecil-kecil.Nanti lambat je waktu nak siap untuk proses ambil isi kerang.hee.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Koci Dengan Tips Penuh Untuk Kuih Yang Sangat Sedap

Terima kasih kepada Puan Incik Dan Cik Ca di atas sumbangan resepi kerang sambal hijau ini.

Kepada penggemar kerang, cubalah resepi kerang sambal hijau yang sangat sedap ni.Memang senang cara buatnya. Guna pula isi kerang yang besar, best.

Bahan Resepi Kerang Sambal Hijau :

  • 500 gram isi kerang
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • 1/2 sudu makan sos plum
  • Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji hirisan bawang besar

Bahan Kisar :

  • 1 biji bawang india sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20 biji cili padi hijau ( bergantung pada tahap kepedasan )

Cara Penyediaan Resepi Kerang Sambal Hijau :

#1: Kisar halus bahan yang perlu dikisar. Isi kerang pula digaul dengan sedikit garam dan digoreng kosong hingga keluar airnya dan separuh masak. Buang airnya dan ketepikan seketika

Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak kali pertama dan masukkan serai yang diketuk, asam keping dna biarkan pecah minyak lagi.Guna api sederhana. Proses ini penting untuk pastikan cili padi masak.

Kepada penggemar kerang, cubalah resepi kerang sambal hijau yang sangat sedap ni.Memang senang cara buatnya. Guna pula isi kerang yang besar, best.

#2: Masukkan sos plum dan sedikit gula bersama serbuk perasa.Barulah masukkan isi kerang bersama dengan hirisan bawang besar. Besarkan sedikit api dan biarkan kerang masak. Barulah perasakan dengan garam jika perlu.

Bila bawang dah layu semua dan isi kerang dah masak , tutup api. Siapalah resepi kerang sambal hijau. Memang mudah kan  ? Tapi bila makan dengan nasi panas, aduh sedapnya.

Penggemar kerang mesti cuba menu ni. Selamat mencuba </>