Resepi Kerepek Pisang Rangup Menarik Dengan Tips Sangat Bernilai

31455
Kami berikan anda resepi kerepek pisang rangup beserta tips yang perlu anda ikut untuk pastikan anda berpuas hati bila makan kerepek yang dah siap.Terbaik

Kali ini kami akan berikan anda satu resepi kerepek yang menjadi kegemaran ramai orang iaitu resepi kerepek pisang rangup.Memang elok dijadikan hidangan sampingan selain pilihan biskut raya untuk para tetamu yang datang berkunjung ke rumah di hari lebaran nanti kan.

Untuk resepi kerepek pisang ini, anda boleh guna pisang kegemaran anda.Sama ada daripada jenis pisang nipah,tanduk,nangka atau pun pisang abu. Yang penting pisang belum masak. Barulah hasil yang diperolehi memuaskan hati anda. Tak perlu beli kerepek pisang yang dah siap dah kali ini lepas dapat resepi beserta tips ni.

Yang paling penting adalah tips untuk dapatkan warna pisang yang tak lebam,rangup serta tak masuk angin. Tipsnya adalah :

Sewaktu pisang pilihan anda dikupas, gunakan sarung tangan getah dan kupas pisang. Lepas itu masukkan dalam bekas yang mengandungi air serta garam kasar. Biarkan keseluruhan pisang terendam. Ini akan elakkan pisang anda kehitam-hitaman. Terima kasih kepada Puan Nana Bj yang sudi berkongsi petua hebat ini. Semoga anda dilimpahi rezeki sentiasa.

BACA DI LINK BARU : Resepi Puding Roti Karamel Kukus Paling Senang Tanpa Mixer

Kami berikan anda resepi kerepek pisang rangup beserta tips yang perlu anda ikut untuk pastikan anda berpuas hati bila makan kerepek yang dah siap.Terbaik

Bahan Resepi Kerepek Pisang :

  • Pisang pilihan anda sama ada Nipah,Abu,Nangka atau Tanduk
  • Sebekas besar air
  • 1 genggam garam kasar
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • 300 gram gula aising
  • 50 gram garam kisar

Gula aising dicampur bersama dengan garam kisar dan dikacau sebati. Sukatan adalah ikut kepada selera anda. Kalau tak nak letak garam pun takpe, kalau nak masin sikit pun ikut pilihan anda juga.

Cara Penyediaan Resepi Kerepek Pisang Istimewa :

#1: Pakai sarung tangan dan kupas pisang. Siap kupas terus rendam dalam air garam biar kena sepenuhnya untuk elak proses oksida berlaku yang sebabkan warna pisang bertukar menjadi lebam.

Sambil tu panaskan minyak dalam kuali .Guna minyak yang banyak.

#2: Pisang yang terendam tadi ambil dan sagat nipis ke dalam bekas.Buat untuk 3-4 biji pisang sahaja bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan. Bila dah siap sagat, terus masuk semua kepingan pisang dan kacau laju dalam kuali untuk elak melekat. Goreng dengan api sederhana besar.

Kami berikan anda resepi kerepek pisang rangup beserta tips yang perlu anda ikut untuk pastikan anda berpuas hati bila makan kerepek yang dah siap.Terbaik

Bila dah siap, toskan dan ulang langkah sagat 3-4 biji pisang sekaligus dan goreng. Barulah rangup kerepek pisang anda dan berpuas hati dengan hasilnya.

Kerepek pisang yang siap ditos tadi kemudian dimasukkan ke dalam bekas besar mengandungi campuran gula dan garam. Sebatikan dan boleh lah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Dah pun siap resepi kerepek pisang rangup yang pastinya anda berbangga dengan hasilnya. Mudah dna lengkap kami berikan resepi kerepek untuk anda buat sendiri. Selamat mencuba.