Kami berikan anda resepi keropok lekor yang best untuk anda cuba buat di rumah sempena PKP ni. Kali ini ianya menggunakan ikan selayang ataupun ikan sardin. Ada juga yang buat keropok lekor menggunakan meggi. Semua boleh asalkan ada tepung yang sesuai tapi gunalah ikan. Jauh lebih sedap.
Resepi keropok lekor ni sesuai anda cuba sebab guna bahan yang senang. Untuk bagi kenyal,ianya menggunakan tepung ubi dan tepung gandum.Barulah membentuk elok lekornya. Hee
Antara tips membuat resepi keropok lekor ini :
1- Pastikan anda membuang tulang ikan semuanya untuk elakkan tercekik lebih-lebih lagi jika budak memakannya. Ikan selayang/sardin ini tak perlu direbus terlebih dahulu ya.
BACA DI LINK BARU : Resepi Roti Benggali Lembut Best Sedap Dimakan Begitu Sahaja
2- Untuk elakkan adunan menjadi lebik, pastikan anda kisar ikan menggunakan pengisar kering ataupun menggunakan food processor yang tak perlu ditambah air. Jika tiada, letak seketul ais atau 2-3 sudu makan air sahaja untuk bolehkan mesin bergerak.
3- Selepas merebus keropok lekor, penting untuk anda terus masukkan ke dalam air ais lepas diangkat. Tujuaannya ialah untuk pastikan haba terus terhenti dan keropok tidak menjadi lembik.
Terima kasih kepada Puan Suhaila Isnan di atas sumbangan resepi keropok lekor.Boleh kita semua mencubanya.
Bahan Resepi Keropok Lekor Mudah :
- 10-12 ekor ikan selayang/sardin
- 2 cawan tepung ubi
- 2 sudu makan membukit tepung gandum
- Secubit garam dan perasa
Cara Buat Resepi Keropok Lekor Terengganu :
#1: Anda buang satu persatu isi ikan dengan tulang.Tak perlu rebus tak perlu bersihkan lagi sebab anda dah bersihkan ikan kan.Isi ikan kemudian dikisar kering ataupun dengan seminima campuran air seperti dituliskan di atas.
Masukkan isi ikan dengan tepung ubi dan tepung gandum sehinggalah adunan tak melekat di tangan dan boleh diuli.Bila doh dah nampak cantik,ambil doh gulung memanjang. Sambil menggulung sambil taburkan tepung gandum agar mudah dibentuk.Satu adunan akan dapat 3-4 batang.
#2: Sementara menggulung doh keropok lekor tadi, didihkan air di dalam periuk dan sediakan air ais. Bila air dah mendidih, barulah masukkan keropok lekor dan rebus sampailah keropok timbul di permukaan.
Itu tanda keropok lekor sudah masak. Terus angkat masukkan dalam air ais sekitar 3-5 minit. Barulah toskan.
Biarkan keropok lekor anda sejuk dulu barulah dipotong dan siap untuk digoreng. Kalau nak simpan, simpan dalam freezer. Dah siap dah resepi keropok lekor. Senang sangat kan. Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom