Cakap sahaja Negeri Kelantan, kami tidak membayang tempat-tempat yang menarik , tapi koleksi makanan yang unik dan pelbagai.Antaranya untuk masakan harian,ada masakan resepi kerutuk ayam atau daging dan juga kerutuk hati lembu, gulai kari,gulai dalca, gulai kurma dan juga gulai darat.
Orang Kelantan tidak memanggil sesuatu yang bersantan itu kari tapi gulai.Jadi banyak la nama panggilan masakan yang bermula dengan gulai.Salah satu tempat yang popular untuk mencari rempah-rempah terutama rempah kerutuk adalah di Kota Bharu.
Jika anda datang sini jangan lupa membeli nya di Pasar Siti Khadijah ya.
Alah dekat sini pun ada jual .
Ya tapi ada sesuatu berbeza dengan olahan rempah-rempah kerutuk,darat,kari,dalca dan juga kurma Kelantan dengan rempah kari Babas,Adabi dan sebagainya.
Kami tekak rakyat Kelantan sudah semestinya merasakan ianya sedap.
Untuk kali ni kami nak berikan resepi kerutuk ayam.Biasanya ayam,udang,hati lembu,daging malah itik boleh dijadikan gulai Kerutuk ini dan popular sebagai salah satu menu yang dijual pada awal pagi dan juga tengahari.
Ramai rakan saya yang datang melancong ke Kelantan ini sedikit terkejut bila melihat pada awal pagi bermacam menu nasi.Katanya biasanya kami hanya makan nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk.
Tapi kalau anda ke Kelantan jangan terkejut melihat Nasi Kerabu Ayam Bakar , Nasi Berlauk Ikan atau Ayam, Nasi Kerutuk Daging,Nasi Tumpang dan sebagainya.
Ini hasil daripada orang dulu yang memerlukan banyak tenaga untuk digunakan di kebun dan juga sawah dan ianya satu kebiasaan untuk makan makanan yang berat.
Panjang kami bercerita jom kita tengok resepi untuk kali ini.Resepi Kerutuk Ayam yang dicampur dengan udang hasil dari rujukan Puan Nur Alfilail yang boleh kami gitau sebagai pakar untuk masakan Kelantan.Link FB beliau turut kami sertakan.
Bahan-bahan untuk resepi kerutuk ayam :
Kuantiti untuk 1/2 ekor ayam. Boleh gandakan mengikut kesesuaian.
Bahan kisar
- 2 biji bawang merah saiz 50 sen
- 1 ulas bawang putih
- 1 batang serai saiz kecil
- 1/2 inci halia muda
- 1/2 inci lengkuas
- 1/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan rempah ketumbar
Tips : Sangai dahulu jintan manis dan ketumbar untuk dapatkan aroma masakan yang wangi.Untuk gulai kerutub tahan lama dan lambat basi, gunakan air seminima mungkin hanya untuk sekadar gerakkan mesin sahaja.
Bahan lain :
- 1/2 kilogram ayam beserta sedikit udang
- 1 jenis rempah tiga sekawang ( kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga
- 1/2 cawan minyak masak
- 3 sudu makan rempah kerutuk Kelantan ( boleh gunakan rempah kerutuk biasa juga )
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 1/2 sudu makan santan pekat
- 1 cawan air kosong
- 1 sudu makan kerisik kelapa
- 1 sudu makan gula perang
- Gula , garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara penyediaan resepi kerutuk ayam ini pula :
#1: Sediakan bahan kisar.Kisar lumat.Panaskan periuk dan masukkan minyak dalam anggaran 1/3 cawan minyak masak.Bila minyak panas mula tumiskan rempah tiga sekawan sehingga naik bau.Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi menggunakan api kecil ya.Tambah cili kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
#2: Ingat kita hanya gunakan api kecil untuk elakkan bahan tumis hangit dan seterusnya menjadi pahit.Masukkan rempah kerutuk dan tumis hingga pecah minyak.Jika terlalu kering selepas dikacau, itu tandanya minyak tidak cukup.Boleh tambahkan minyak.
Biar sehingga pecah minyak dan masukkan secawan air. Biarkan lagi hingga pecah minyak lagi.Barulah dimasukkan lauk pilihan.Biarkan selama 35 minit untuk ayam masak dengan secukupnya.Kalau daging 40-45 minit ya.Pastikan periuk ditutup.
#3: Buka penutup dan pasti kuahnya bertambah banyak sebab air ayam itu sendiri dah turun.Sebab tu kita gunakan sedikit sahaja air.
Masukkan kerisik,gula perang dan garam,gula,serbuk cukup rasa ikut pilihan rasa tekak anda untuk gulai kerutuk ni.Dan tambahkan santan.Kita hanya gunakan sedikit santan sahaja sebab kerutuk kita dah pekat hasil daripada bahan kisar tadi dan rempah itu sendiri.
BACA DI LINK BARU : Resepi Tart Nenas Gulung Cair Dalam Mulut Menggoda Di Hari Raya
#4: Biarkan gulai dengan tudung periuk terbuka dalam sekitar 20-30 minit lagi supaya makin sedap.Gunakan api kecil sahaja untuk mendidih kecil dan elakkan hangit.
Makan pula dengan timun dan sambal lada.Aduh sedapnya .Boleh la anda mencuba gulai kerutuk ini dengan resepi dan tips lengkap kami berikan.Selamat mencuba.
Oh ya kami suka kerutuk hati lembu.Aduhhhhh.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom