Kami berbesar hati kerana mulai dengan resepi kerutuk itik serati ini, Cikgu Afy akan berkolabrasi dengan kami untuk menyebarkan lagi hasil masakan tradisi Kelantan untuk semua yang meminati masakan Kelantan khususnya. Beliau salah seorang yang rajin berikan resepi lengkap dari A-Z dan masakannya diakui sangat sedap bagi mereka yang telah mencubanya.
Jadi hari ini kami akan siarkan resepi kerutuk itik serati yang popular di Kelantan. Bukan sahaja popular pada waktu tengahari tapi juga waktu pagi pun anda boleh dapat nasi berlauk itik seratti di Kelantan ini.Cuma sedap atau tak je.
Untuk dapatkan rasa yang betul sedap, pertama sekali mestilah guna rempah kerutuk original Kelantan. Kalau anda minat , boleh tekan link di akhir artikel untuk berusan dengan pihak Cikgu Afy bagi belian bukan sahaja rempah kerutuk tapi rempah kari ,darat dan sebagainya.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Belacan Powerrr Yang Patut Anda Ada Dalam Peti Ais
Bahan Resepi Kerutuk Itik Serati Cikgu Afy :
- 1 ekor itik serati yang siap dilayur .Berat 2-2.5kg
- Rempah 4 sekawan iaitu kayu manis,biji pelaga,bunga lawang dan cabe jawa.Sedikit sahaja setiap jenis.
- 1/2 sudu makan cili kisar
- 7 1/2 sudu makan rempah kerutuk original Kelantan
- 1 sudu teh asam jawa + 2 cawan air dicampur sekali
- 1 kerek gula melaka / 4-5 sudu makan gula merah
- 6 cawan air
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh garam bagi peringkat pertama
- 1 sudu teh perencah cukup rasa peringkat pertama
Cawan yang digunakan dalam sukatan ini adalah cawan yang jenis kecil.Bukan cawan penyukat metrik standard.Tengok gambar.
Bahan Perasa Peringkat Kedua :
- 2 sudu makan garam halus
- 1 sudu makan perencah secukup rasa
- 1/2 kepingan ‘nise’ / gula melaka
- 4 sudu makan gula
Bahan kisar
( untuk seekor itik saiz 2-2.5kg)
- 14 biji bawang merah saiz besar kecil
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- sehiris nipis halia
- 1/2 inci lengkuas
- 1/2 sudu kecil jintan putih
- 1/2 sudu kecil ketumbar
Cara Penyediaan Resepi Kerutuk Itik Serati :
#1: Tumis 4 sekawan sehingga wangi.Masukkan cili kisarr dan teruskan sehingga garing dalam api perlahan.Masukkan rempah kerutuk asli Kelantan. Kacau guna api paling kecil sahaja.
Setelah rempah sedikit garing, masukkan asam jawa yang siap dicampur air tadi.Biarkan sehingga pes pecah minyak.Masukkan sekeping ‘nise’ / gula melaka dan sedikit perencah secukup rasa.Jangan tambah garam dulu untuk elakkan daging itik liat.
#2: Masukkan itik yang siap dilayur.Tak perlu buang kulit.Masak lebih kurang 1 jam 1/2 untuk daging itik empuk. Guna api perlahan sahaja.Sesekali balikkan.Selepas 40 minit, tambah lagi 3 cawan air kosong.
#3: Setelah daging itik mula empuk selepas 1 jam setengah, masukkan 1 sudu kecil garam untuk rasa peringkat pertama.Seterusnya, masukkan santan pekat dan baki 3 cawan air tadi. Masukkan juga kerisik
Masukkan pula bahan perasa peringkat kedua di atas.Biarkan kuah mendidih perlahan dan cukup rasa sebelum ditutup api.Kuah yang siap akan pecah minyak pada bahagian lapisan atasnya.Makin lama, kuah akan mula memekat dan nampak gelap.
Dah siap resepi kerutuk itik serati ni.Memang pekat dan sedap la makan dengan nasi putih dan sambal. Untuk sambal boleh buat sambal biasa atau sambal belacan yang kami bagi link di atas.Terangkat sedap. Kalau nak guna daging atau ayam kampung pun boleh.Sama sahaja cara cuma waktu untuk empuk je berbeza.
Untuk dapatkan rempah kerutuk khas original dari Kelantan, boleh whatsapp Cikgu Afy di link ini. Beli dalam sukatan sikit pun ada.http://www.wasap.my/+60179183581.
Selamat mencuba dari kami.