Resepi Ketupat Sotong Kelantan Dan Terengganu Kesukaan Anda

22346
Memang terbaik resepi ketupat sotong Kelantan ni. Kalau anda minat yang Terengganu, kami ada tulis juga perbezaannya. Guna lak sotong segar, berselera .

Hari ini kami mahu berikan resepi ketupat sotong Kelantan dan juga Terengganu untuk anda buat sebagai manisan pembuka selera berbuka puasa atau bila waktu terasa nak makan.

Resepi ketupat sotong Kelantan dan ketupat sotong Terengganu ada beberapa perbezaan tapi tidaklah ketara.Anda nak ikut atau campurkan pun boleh.Kita yang masak kan. Tapi sebagai pengetahuan anda, mari kita tengok.

BACA DI LINK BARU : Resepi Talam Ubi Kayu Yang Menjadi Elok Lapisan Atas Dan Bawah

Dari segi warna, versi Kelantan adalah bewarna coklat hasil daripada penggunaan gula melaka kerek dan ketupat sotong Terengganu biasanya bewarna putih kerana ianya menggunakan gula biasa sahaja.

Selain daripada warna, ada sesetengah versi di Terengganu yang memasukkan rempah halba dan juga sedikit halia untuk dapatkan kelaianan. Kalau anda suka, boleh la tambah.

Kalau anda ragu-ragu sama ada mahu membuang kulit luar sotong ataupun tidak, ianya terpulang.Ada yang suka togelkan kulit luar sepenuhnya dan ada yang suka makan kulit luarnya.

Untuk tips resepi ketupat sotong Kelantan ini :

1: Kalau tengok dalam resepi banyak guna daun pandan kan. Selain jadikan kuahnya wangi, daun pandan juga berfungsi untuk elakkan sotong hangit. Kerana kita akan lapik periuk dengan daun pandan baru disusun sotong di atasnya.

2 : Untuk mudahkan dan cepat masak beras pulut, guna beras pulut susu dan rendam terlebih dahulu dengan air sekitar 1-2 jam untuk beras pulut mengembang.

Memang terbaik resepi ketupat sotong Kelantan ni. Kalau anda minat yang Terengganu, kami ada tulis juga perbezaannya. Guna lak sotong segar, berselera .

Bahan Resepi Ketupat Sotong Kelantan :

  • 1 kilogram sotong saiz sederhana/besar
  • 1/2 kilogram santan pekat
  • 3 kerek gula melaka( yang jenis bulat tu )
  • Pencungkil gigi/lidi sate
  • 1 cawan beras pulut
  • 10 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan santan cair + secubit garam untuk dimasukkan dalam beras pulut

Cara Penyediaan Resepi Ketupat Sotong Kelantan Terengganu :

#1: Rendam 1-2 jam sebelum buat beras pulut tu dulu. Dah sampai masa,bilas,tambahkan 1/2 cawan santan cair dengan secubit garam.Bagi lemak sedap elok pulut nanti.Bersihkan sotong,cabut kepala dan kalau nak buang kulit luar,boleh juga.

Isikan separuh sahaja beras pulut dalam badan sotong.Nak guna tangan boleh, sudu kecil pun boleh. Jangan penuh nanti pecah.Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi bagi lekat elok.Cucuk silang.

#2: Dalam periuk, lapik daun pandan di dasar periuk baru susun atur sotong. Tuang santan pekat dan masukkan 3 kerek gula melaka beserta secubit garam.

Memang terbaik resepi ketupat sotong Kelantan ni. Kalau anda minat yang Terengganu, kami ada tulis juga perbezaannya. Guna lak sotong segar, berselera .

#3: Guna api sederhana kecil, masak selama 40-45 minit hingga pulut masak dan santan pecah minyak.Boleh la makan waktu berbuka nanti.

Kami suka makan kuah dia dengan cicah roti.Sedap. Nanti boleh la anda cuba resepi ketupat sotong ni ea.