Resepi Kuah Kacang Simple Tapi Terbaik Untuk Nasi Impit

34909
Kalau nak kuah kacang cantik, dalam kuahnya letak gula merah atau gula melaka untuk nampak gelap.Memang sedap la kuah kacang buat makan cicah nasi impit atau sate kan.Buah kuah gado-gado pun terbaik. Tips untuk dapatkan resepi kuah kacang sedap ni pun ada.

Kali ni kami nak berikan resepi kuah kacang simple tapi jangan pandang rendah pada kesedepan, rasa lemak kuahnya dengan kacang yang dikisar bersama bahan lain.

Memang kuah kacang ni kalau takde dia, nak makan nasi impit ke, sate ke , gado-gado ke memang tak sah kalau takde. Tapi sesedap mana pun sate ,gado-gado, kalau kena elok dengan kuah kacang pekat,baru terangkat habis.

Nak cicah cucur udang dengan kuah ni pun memang terbaik.

Tips untuk hasilkan resepi kuah kacang simple tapi marvelous ni:

1- Goreng tanpa minyak dulu kacang tanah atau kita panggil proses sangai. Bila dah masak, ketepikan. Untuk buat kuahnya , tak perlu buang kulit kacang. Nanti dikisar bersama air. Kisar pula jangan terlalu halus,cukup 80-85% baru sedap.

2- Untuk dapatkan kuah kacang yang cantik , tambah gula perang atau gula merah ke dalam kuah.Nampak kaler coklat dan gelap.

3- Kalau nak buat makan sendiri , air jangan buh banyak.Cukup sekadar anggaran 1.5l-2l untuk dapatkan kuah yang pekat dan sedap.

BACA DI LINK BARU : Tempat Makan Best Negeri Sembilan Satay Ayang Pantai
Kalau di tempat saya, kuah kacang Kelantan memang terkenal untuk dimakan bersama nasi impit bersama sambal ikan untuk sarapan pagi.Memang sedap sangat selain buah cicah sate.

Terima kasih kepada Puan Ruziati Amat Sarbini yang sudi share resepi kuah kacang simple hasil air tangan arwah ibunya.Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.

Bahan Resepi Kuah Kacang Nasi Impit : 

  • 1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak
  • 500-600 gram gula kastor
  • 200 gram gula melaka/gula merah
  • 3 sudu makan udang kering
  • 2 setengah sudu teh garam halus
  • 3 biji bawang merah besar saiz 50 sen lama lebarnya *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 4 btg serai *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1.5L-2.0L air
  • 3 senduk cili kisar
  • 1 senduk minyak masak
  • Segenggam asam jawa yang kemudian dibancuh pekat dengan air

Kalau nak kuah kacang cantik, dalam kuahnya letak gula merah atau gula melaka untuk nampak gelap.Memang sedap la kuah kacang buat makan cicah nasi impit atau sate kan.Buah kuah gado-gado pun terbaik. Tips untuk dapatkan resepi kuah kacang sedap ni pun ada.

Cara Penyediaan Kuah Kacang Simple :

#1: Untuk penyediaan bahan mentah kuah kacang, bila dah goreng kacang tu, kisar dengan air .Jangan habiskan terus 2 liter tapi cukup sekadar 1.0 liter dulu kisar.Nanti baki air kita tambah kemudian. Udang kering ditumbur lumat. Serai tadi diketuk dan dikisar bersama bahan bertanda *.Bila dah siap semua proses ni baru senang.

#2: Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar dan udang kering tumbuk tadi.Tumis hingga naik bau barulah tambah cili kisar.Biar pecah minyak dulu barulah masukkan kacang tanah yang dikisar dengan air. Guna api sederhana kecil je untuk pastikan cili kisar pecah minyak ya.

#3: Tambah air asam jawa,gula putih gula perang,garam dan air 0.5l lagi . Masak dengan api perlahan dan kacau sesekali.Kalau nampak pekat sangat,tambahkan sikit lagi baki air atau kesemua.So jadi kita guna 2.0 liter.

#4: Masak ni dalam 1 jam -2 jam sebab guna api kecil je.Biar kan kuah kacang bertukar warna gelap, nampak berminyak di permukaan barulah sedap. Rasa dan jika ada terlebih terkurang,sesuaikan rasa buat kali terakhir.

Nak buat makan dengan nasi impit, dengan sate aduhh memang terbaik ni kan. Selamat mencuba.

Kalau nak kuah kacang cantik, dalam kuahnya letak gula merah atau gula melaka untuk nampak gelap.Memang sedap la kuah kacang buat makan cicah nasi impit atau sate kan.Buah kuah gado-gado pun terbaik. Tips untuk dapatkan resepi kuah kacang sedap ni pun ada.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom