Sedapnya resepi kuih angku pandan yang akan diberikan di bawah ini. Nama lain bagi kuih ialah kuih angkoo , kuih ang koo. Ianya adalah merujuk pada satu kuih yang sama.Corak yang terhasil pada permukaan kuih dihasilkan dengan manggunakan acuan.
Sedikit tips resepi kuih angku pandan untuk anda dapatkan hasil yang sama ialah :
Pastikan penutup pengukus dibalut pada bahagian tepi dengan kain tuala untuk elakkan air menitik masuk ketika mengukus kuih.
Untuk dapatkan kuih angku yang cantik, selepas masak, sapu sedikit minyak pada permukaan kuih. Kalau anda tak nak sapu pun tiada masalah.
Jangan gunakan esen pandan. Nak lebih sedap gunakan jus pandan yang dikisar daripada daun pandan itu sendiri.
Terima kasih kepada Puan Mas Cotek di atas sumbangan resepi kuih angkoo ini. Boleh kami tambah dalam koleksi kuih .
Bahan Resepi Kuih Angku
- 2 cawan tepung pulut
- 2 biji ubi kentang direbus dan dilenyek
- 1 1/4 cawan santan diblend bersama 5 helai pandan
- sedikit pewarna hijau
- sedikit garam
- daun pisang secukupnya sebagai alas kepada kuih.Sapu sedikit minyak
Bahan Resepi Inti Kuih Angku Pandan :
- 1 cawan kacang hijau yang telah dibuang kulit.Ada dijual di kedai bakeri/pasaraya
- 1/2 cawan gula pasir
Cara Penyediaan Inti Kuih Angku Pandan :
#1: Rebus kacang hijau sehingga empuk dan kembang selepas direndam semalaman.Kalau anda nak kukus pun boleh. Lepastu kisar lumat dan campurkan dengan gula. Masukkan balik ke dalam kuali dan menggunakan api kecil, masak inti hingga kering
Sejukkan inti dan bulat-bulatkan.
Cara Buat Resepi Kuih Angku Pandan Sedap :
#1: Masukkan semua bahan di atas kecuali daun pisang. Masukkan santan sedikti demi sedikit sambil menguli tepung pulut. Bila dah sebati elok, baru ambil dan bulatkan doh dan masukkan ke dalam inti.
Sapu minyak pada bahagian dalam acuan. Ambil doh yangb telah dimasukkan inti dan tekan padat masuk ke dalam acuan. Ulang langkah ini sehingga habis.
Sambil tu didihkan air dalam pengukus.
#2: Susun kuih angku ke atas daun pisang dan kukus 8-10 minit pada api sederhana besar. Bila dah siap kukus, sapu sedikit minyak pada permukaan kuih.
Sejukkan dan dah siap.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom