Resepi Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur. Best Sangat Kerak Tepi Dia Kannn

15708
Tengok kerak tepi dia dah cukup tahu resepi kuih bakar pandan tanpa telur ni sedap sangat. Guna bahan yang mudah dan bakar atas dapur gas dengan tips best.Sedap

Antara kuih yang terkenal daripada dulu,cuma hari ini kami akan kongsikan resepi kuih bakar pandan tanpa telur. Sangat lah sesuai untuk mereka yang berpantang atau alahan dengan telur tapi nak makan kuih bakar ini. Walaupun tiada telur, jangan bimbang. Rasa dia sedap sangat.

Dengan menggunakan jus pati pandan, menambahkan lagi aroma kuih bakar pandan sewaktu dibakar. Kalau anda suka rasa rangup di permukaan atas, boleh tabur bijan yang telah disangai.

Ada dua cara nak hasilkan resepi kuih bakar ini. Pertama menggunakan oven dan kedua dibakar atas dapur gas. Nak sedap, nak berkerak garing dan tebal ialah dengan menggunakan api dapur gas. Kalau nak cepat , gunakan oven.

Tips untuk elakkan kuih bakar melekat pada permukaan loyang ialah sapu marjerin banyak pada dinding dan dasar loyang dan bakar dengan api sederhana kecil. Jangan api besar nanti hangit. Jangan gunakan minyak.Nanti ianya menjadi lekat juga.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Karamel Pelangi Kukus Pakai Blender Jeee.Best Sangat.

Penyediaan resepi kuih bakar pandan tanpa telur ini juga senang. Hanya masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan, kisar sebati, tapis dan siap untuk dibakar.

Kalau di sesetengah tempat, ada yang panggil bengkang, be’ke dan bingka. Ianya merujuk pada kuih yang sama . Tapi bukan sahaja pandan ,malah ubi , keladi boleh dimasukkan sebagai perasa utama kuih ini.

Tengok kerak tepi dia dah cukup tahu resepi kuih bakar pandan tanpa telur ni sedap sangat. Guna bahan yang mudah dan bakar atas dapur gas dengan tips best.Sedap

Terima kasih kepada Puan Nuraishah binti Ibrahim yang sudi berkongsi resepi kuih bakar tanpa telur ini kepada kami semua. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.

Bahan Resepi Kuih Bakar Pandan Sukatan Cawan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1  1/3 cawan gula
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan jus pandan
  • 1/2 sudu teh garam

Gunakan cawan penyukat 250 ml metrik standard untuk mudahkan sukatan di atas. Jus pandan diperolehi dengan cara kisar 7-8 helai daun pandan, lepas tu ditambah 2 1/2 cawan air. Kisar dan tapis.

Cara Buat Resepi Kuih Bakar Pandan :

#1: Dah sediakan semua bahan resepi, masukkan di dalam pengisar makanan dan kisar sehingga sebati. Loyang atau periuk serba guna bersaiz 8-9 di sapu dengan marjerin yang sedikit tebal di dinding dan dasar loyang.

Letak atas dapiur gas dan tutup bahagian atas. Bakar dengan api kecil sahaja untuk elakkan hangit. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga anda berpuas hati dengan hasil kerak yang terhasil.

Tengok kerak tepi dia dah cukup tahu resepi kuih bakar pandan tanpa telur ni sedap sangat. Guna bahan yang mudah dan bakar atas dapur gas dengan tips best.Sedap

Sejukkan dahulu kuih bingka baru angkat dan keluarkan daripada loyang untuk elak daripada melekat.Kami suka kalau kerak di bahagian tepi tebal dan sedap. Selamat mencuba resepi mudah ini.

Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom