Resepi Kuih Bakar Pandan Istimewa Sedap Lemak Garing Kulitnya

7984
Sedapnya resepi kuih bakar pandan yang guna jus ali daun pandan.Teserlah aroma wangi.Lemak elok guna santan segar.Saya suka garing pada kulitnya.Sedap.

Bagi mereka yang mencuba resepi kuih bakar buat pertama kali,semestinya terus jatuh cinta dengan kelembutan dan lemak rasa santan dalam kuihnya.Untuk lagi menambah keenakkan kuih bakar,gunakan jus asli pandan.Iaitu yang diblend dan diambil jus daun pandan.

Ditambah pula dengan permukaan atas yang garing dengan bijan yang ditabur,ini memang bahagian yang digemari oleh anak-anak saya.Kadang-kadang bahagian inilah yang habis dahulu.

Resepi kuih bakar ni ada beberapa nama.Ada yang panggil bengkang di beberapa negeri.Ada pula yang panggil bingka.Terpulang asalkan sedap.Ye dak.

BACA DI LINK BARU :Resepi Kuih Talam Jagung Kastard Lemak Manis Sangat Sedap

Nak buat resepi kuih bakar yang sedap cukup mudah.Anda boleh guna blender sahaja dan boleh bakar dengan dua cara.Sama ada di dalam loyang dan dibakar di atas dapur gas dengan api kecil atau dibakar dalam oven.Senang.

Bukan sahaja kuih bakar pandan,banyak jenis perasa yang boleh dimasukkan.Ada yang buat kuih bakar ubi,kuih bakar keladi.Nanti kami masukkan resepi yang berkaitan di sini.

Untuk resepi kuih bakar sedap ni,terima kasih kepada Tuan Mohd Rafizi di atas resepinya.Memang anda harus mencubanya tau.

Bahan Resepi Kuih Bakar Pandan : 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan cair
  • 3 biji telur ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 helai daun pandan
  • Sedikit bijan putih
  • Sedikit garam

Gunakan cawan metrik ukuran standard untuk dapatkan sukatan yang betul dan buatkan kuih bakar anda sedap.

Sedapnya resepi kuih bakar pandan yang guna jus ali daun pandan.Teserlah aroma wangi.Lemak elok guna santan segar.Saya suka garing pada kulitnya.Sedap.

Cara Buat Resepi Kuih Bakar Sukatan Cawan :

#1: Kisar daun pandan tadi bersama setengah cawan air.Kisar hancur dan tapis untuk ambil jusnya sahaja.

#2: Masukkan semua bahan kecuali bijan dalam pengisar dan kisar.Anda juga boleh guna whisk jika malas guna pengisar.Tapi hasil tekstur sedikit kasar.Jadi elok guna pengisar.

#3: Oleskan sedikit minyak pada loyang empat segi atau bulat yang berukuran 8-9 inci untuk elakkan kuih melekat bila masak nanti. Saya lebih suka gunakan parchment paper. Lagi senang dan hasilnya sangat cantik. Parchment paper berlainan dengan baking paper.Ianya digunakan untuk alas roti atau pau.Jadi lebih berkesan untuk elak kuih bakar ni daripada melekat.

#4: Taburkan bijan putih di atas adunan kuih bakar yang dimasukkan dalam loyang tadi.Panaskan oven dan bakar pada suhu 180’C selama 30 minit menggunakan api atas bawah dan sambung lagi bakar untuk 10 minit pada suhu 200’C.

Sedapnya resepi kuih bakar pandan yang guna jus ali daun pandan.Teserlah aroma wangi.Lemak elok guna santan segar.Saya suka garing pada kulitnya.Sedap.

Kalau hendak bakar atas dapur gas pun boleh.Gunakan api kecil dan bakar selama 60 minit.

Nak potong bingka dari melekat ada juga tips. Jangan seret tapi potong menegak dan satu-satu bahagian.Guna pisau plastik lagi cantik.Nak dapat lurus, letak je pembaris atas permukaan kuih bingka ni

Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom