Resepi Kuih Bingka Pisang Berbijan

2303
Sangat sesuai resepi bingka pisang ini disediakan untuk minum petang taw. Tambah dengan berbijan di atas bingka, memang menambah rasa . Klik untuk resepi.
Sangat sesuai resepi bingka pisang ini disediakan untuk minum petang taw. Tambah dengan berbijan di atas bingka, memang menambah rasa . Klik untuk resepi.

Salam buat pengunjung kami , apa kata tinjau resepi terbaharu dari dapur dot com , Resepi Kuih Bingka Pisang Berbijan

Rasa bingka yang dimasak bersama bijan dan ditambah dengan keharuman pisang memang membuka selera. Tambah-tambah disediakan pada waktu petang bersama secawan kopi . Memang terangkat . Jom tengok bahan dan cara buat bingka pisang berbijan.

Bahan – Bahan Resepi Kuih Bingka Pisang Berbijan

1 cawan tepung gandum
200 ml santan pekat
125 air
3 biji telur C
2-3 biji pisang emas ranum (dilenyek)
80g gula pasir
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak sayuran
sedikit esen pisang jika suka
secubit garam
sedikit pewarna kuning
bijan untuk taburan

Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab
Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab

Cara Penyediaan Resepi Kuih Bingka Pisang Berbijan

Pertama , kisar semua bahan di atas (kecuali tepung dan bijan) hingga sebati. Kemudian masukkan tepung dan kisar/blend sekali lagi.

Kedua , sediakan loyang. Sapukan dengan minyak masak (DJ alaskan dengan kertas foil dan disapu minyak masak supaya senang nak dikeluarkan daripada loyang). Tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan taburkan bijan secukupnya

Ketiga , Bakarlah ke dalam oven selama 1 jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C-170C. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam oven selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Wah , siap dah bingka pisang. Memang sedap dan rasa yang sangat sedap .Kami suka makan panas-panas taw .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Curry Puff Lazat
Resepi Kuih Bom Kacang
Resepi Kuih Talam Suji
Resepi Kuih Talam Lapis Pulut Hitam
Resepi Kuih Talam Keladi

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel