
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . Apa kata hari ini anda cuba Resepi Kuih Bingka Susu . Hidangan ini sangat sesuai untuk permulaan cuti sekolah ini.
Jom kita lihat bahan – bahan dan cara penyediaan Resepi Kuih Bingka Susu ini.
Bahan – Bahan Resepi Kuih Bingka Susu
1 cawan tepung gandum yang telah diayak beberapa kali untuk halus
4 biji telur Gred
A250 ml susu cair
3 sudu besar susu pekat
140 gram gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
50 gram krim keju
50 gram mentega
bijan untuk hiasan
Cara Penyediaan Bingka Susu
Pertama , menggunakan kaedah double boiler, cairkan mentega dan krim keju . Selepas itu, sejukkan seketika kedua-dua bahan ini. Selepas sejuk, campurkan semua bahan yang terdapat di atas kecuali bijan dan masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend sehingga adunan menjadi sebati.
Kedua , sediakan loyang 6×6 inci dan masukkan adunan ke dalam loyang. Jangan lupa sapu sedikit minyak pada loyang untuk elakkan melekat. Tabur bijan di atas adunan.
Ketiga , panaskan oven pada suhu 160’C selama 5 minit. Selepas itu masukkan loyang dan bakar selama 50 minit pada suhu yang sama. Ubah masa sedikit sebanyak bergantung pada jenis oven. Bila dah keperangan, masak dah bingka susu tu.
Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :
Resepi Kuih Lompang Pandan
Resepi Curry Puff Lazat
Resepi Kuih Bom Kacang
Resepi Kuih Talam Suji
Resepi Kuih Talam Lapis Pulut Hitam
Resepi Kuih Talam Keladi
serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel