Resepi Kuih Bom Berinti Kacang Beserta Tips Menggorengnya

18094
Bestnya resepi kuih bom ni, bukan sahaja sedap tapi kami berikan dua tips untuk elakkan kuih bom pecah ketika digoreng dan bijan tertanggal.Anda kena cuba .

Resepi kuih bom ini memang menjadi pilihan para pembaca laman web kami.Manakan tidak, kuih ini antara yang popular dan mudah didapati di gerai menjual kuih.

Tapi seperti biasa la, bila beli ada sesetengah pembuat kuih ini yang memikirkan keuntungan dan tidak pada kesedapan kuih itu sendiri.Kuih bom yang dijual hanya mengandungi inti yang sedikit serta liat lain macam.

Hari ni kami berikan resepi kuih bom berinti kacang dengan dua tips berguna untuk buat kuih ini

Pertama,untuk elakkan kuih bom pecah ketika menggoreng, selepas siap digelek dalam bijan, jangan terus digoreng.Masukkan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku selama sejam atau boleh diletakkan di luar dan ditutup kain basah selama sejam-dua jam.Baru digoreng dalam minyak yang banyak yang bolehkan kuih terendam pada api sederhana.

BACA DI LINK BARU: Resepi Ikan Siakap Stim Limau Dari Tukang Masak Restoran Thai

Nak lagi cantik buat pagi dan digoreng pada waktu petang.Selain itu, tambahkan juga tepung gandum dalam tepung pulut untuk bantu doh kuih bom menjadi kenyal dan tidak pecah.

Kalau anda buat doh daripada ubi kentang, boleh je terus goreng ya.

Satu lagi tips berguna dalam resepi kuih bom ialah selepas doh siap digentel dan dimasukkan inti, spray air sebelum gelek dalam bijan.Cara ini jadikan bijan  lebih melekat dan elakkan daripada tertanggal ketika menggoreng.

Bestnya resepi kuih bom ni, bukan sahaja sedap tapi kami berikan dua tips untuk elakkan kuih bom pecah ketika digoreng dan bijan tertanggal.Anda kena cuba .

Terima kasih kepada Puan Mas Cotek di atas tips dan resepi.Anda boleh ikuti beliau di fb untuk resepi kuih muih best.

Bahan – Bahan Untuk Doh Resepi Kuih Bom 

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan bijan
  • Air secukupnya untuk menguli doh
Bahan Inti Kacang Hijau :
  • 250 gram kacang hijau yang direndam sekurang-sekurangnya 2 jam
  • 1 keping gula melaka di racik halus
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kelapa parut muda
  • 3 sudu besar tepung gandum
Cara Penyediaan Inti Kacang :

#1: Rebus kacang hijau dengan air yang banyak sehingga kembang dan air hampir kering. Kecilkan api . Apabila hampir kering , masukkan kelapa parut, gula melaka dan gula sebatikan . Kemanisan bergantung pada pilihan anda.

#2:  masukkan tepung gandum dan kacau sebati . Tutup api dan sejukkan . Selepas itu , bulatkan inti kecil – kecil .

Tips – Inti yang lebih jangan dibuang. Simpan dalam peti tuk kegunaakan kuih koci , kuih gulung.

Bestnya resepi kuih bom ni, bukan sahaja sedap tapi kami berikan dua tips untuk elakkan kuih bom pecah ketika digoreng dan bijan tertanggal.Anda kena cuba .

Cara Penyediaan Resepi  Kuih Bom :

#1: Satukan gandum, tepung pulut dan garam.Tambah air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh dan tepung tidak lekat di tangan. Ambil sedikit doh tadi dan masukkan inti.Gentel bulat .Kalau nak cantik sama saiz boleh timbang doh.

#2: Masukkan bijan dalam bekas besar lain. Sebelum gelekkan doh di dalam bekas, spray dulu air kepada bahagian luar doh.Baru gelekkan melawan pusingan jam.

#3: Rehatkan doh kuih bom seperti tips di atas dan barulah digoreng dengan api sederhana dan minyak yang banyak supaya kuih terendam.

Bestnya resepi kuih bom ni, bukan sahaja sedap tapi kami berikan dua tips untuk elakkan kuih bom pecah ketika digoreng dan bijan tertanggal.Anda kena cuba .

Memang menjadi cara ini dan anda boleh cuba resepi kuih bom sendiri dirumah dengan kepelbagaian inti seperti inti kelapa,inti kacang merah ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom