Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu.Rugi Anda Tak Cuba Buat

186689
Resepi kuih cakoi lembut ni memang senang untuk anda buat. Bila dah buat, boleh la pilih nak makan dengan apa.Sama ada cicah sekaya,cicah sambal sardin

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga dari dapur . Teringin makan kuih untuk berbuka nanti ? Apa kata cuba buat resepi kuih cakoi rangup gebu ini . Memang sedap la makan cakoi panas-panas camni.

Resepi kuih cakoi lembut ni memang senang untuk anda buat. Bila dah buat, boleh la pilih nak makan dengan apa.Sama ada cicah sekaya,cicah sambal sardin atau ikan bilis atau pun paling senang, cicah dengan susu.Semua boleh asalkan kena dengan selera tekak masing-masing.

Untuk anda yang pertama kali nak buat, kami cadangkan anda membaca dulu artikel ini : 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Kek & Biskut Yang Lazat supaya  boleh mendapatkan hasil resepi kuih cakoi yang terbaik.

Oleh sebab kuih cakoi ni rangup di luar dan lembut di dalam, ianya mempunyai ruang udara berongga yang banyak apabila bertindak balas dengan haba.Jadi dari sini anda pun boleh teka bahawa resepi ini perlukan agen penaik.Bukan satu tapi dua.

Iaitu yis segera dan juga soda bikarbonat. Kedua ini adalah agen penaik. Tips untuk pastikan yis yang anda gunakan elok, adalah dengan cara seperti ini. Oleh kerana yis adalah organisma hidup, ianya bertindak balas dengan suhu air antara 50-60’C. Jangan lebih nanti yis mati.

Resepi kuih cakoi lembut ni memang senang untuk anda buat. Bila dah buat, boleh la pilih nak makan dengan apa.Sama ada cicah sekaya,cicah sambal sardin

Anda isikan sedikti yis ke dalam air suam dan tunggu 5 minit. Kalau nampak berbuih tu, ok itu tindak balas yang kita mahukan. Boleh guna yis ini ke dalam adunan doh cakoi.

Bahan Resepi Kuih Cakoi Lembut : 

  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung roti
  • 1/4 camca teh yis segera
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1 camca besar minyak mazola
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Buat Resepi Kuih Cakoi Rangup :

Pertama , dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehinggan sebati terlebih dahulu.

Kedua , pindahkan aduanan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh. Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.

Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.

Ketiga , selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.

Keempat , apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.

Resepi kuih cakoi lembut ni memang senang untuk anda buat. Bila dah buat, boleh la pilih nak makan dengan apa.Sama ada cicah sekaya,cicah sambal sardin

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom