Resepi Kuih Cara Berlauk Inti Daging Yang Sangat Sedap

1671
Sedapnya resepi kuih cara berlauk camni tambah-tambah banyak lauk kan bila buat sendiri.Guna je daging kisar untuk buat inti kuih cara.Memang best sangat.

Bila sebut sahaja kuih cara berlauk, terbayang dalam mata kuih bewarna kuning yang rasa lemak-lemak santan dengan inti daging serta potongan lada dan daun sup di atasnya kan.Tambah-tambah bila kuih nak masak, aroma dia lain macam buat tekak rasa lapar.

Bentuk kuih cara berlauk ni kebiasaan orang buat adalah dua.Satu bentuk besar yang mana menggunakan acuan kuih bakar lima lekuk bunga dan satu lagi kuih cara yang berbentuk biasa. Kalau dulu, acuan tembaga yang berkualiti menjadi pilihan untuk kuih ini.Sekarang susah nak cari tembaga yang berkualiti dan ramai yang beli acuan besi tebal sahaja.

Tips untuk elakkan dasar kuih cara berlauk ini daripada melekat adalah ketika hendak bakar,oleskan dengan minyak menggunakan berus pada permukaan acuan.Baru senang nak keluarkan kuihnya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Cara Manis Dengan Haruman Aroma Daun Pandan

Untuk inti kuih cara berlauk, paling sedap dan senang adalah menggunakan daging kisar.Boleh juga daging ayam atau tuna tapi pilihan kami bila buatnya adalah daging kisar.Anda boleh pilih jenama Ramly yang banyak dijual di pasaraya seperti Tesco,Giant.

Terima kasih kepada Puan Reen Khan di atas resepi kuih cara berlauk untuk anda buat sebagai hidangan minum petang atau sumber pendapatan sampingan.

Sedapnya resepi kuih cara berlauk camni tambah-tambah banyak lauk kan bila buat sendiri.Guna je daging kisar untuk buat inti kuih cara.Memang best sangat.

Bahan Resepi Kuih Cara Berlauk :

Bahan Inti Daging  :

  • 250 gm daging kisar/cincang
  • 1½ sudu makan rempah daging Babas
  • 1 biji bawang besar Holland saiz sederhana
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang / daun sup dihiris
  • 2 Cili merah hiris halus
  • 1 sudu besar minyak sapi atau minyak masak biasa

Cara Buat Resepi Inti Kuih Cara Berlauk :

#1: Bersih daging kisar dan cincang halus.Potong dadu bawang holland tadi. Panaskan minyak  dan tumis bawang hingga layu.Masukkan rempah daging yang dikacau dengan sedikit air.Baru masukkan dalam kuali.Tumis hingga rempah kari masak dan berbau wangi.

#2: Masukkan  daging cincang tadi dan kacau hingga masak dan sedikit kering baru perasakan ikut pilihan.Siap dah intinya.

Bahan Adunan Kuih Cara Berlauk :

  • 1 1/2  cawan tepung gandum diayak
  • 1 1/2 cawan santan kotak
  • 1 1/2  cawan air
  • 2 biji telur gred A
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan minyak
  • Sedikit pewarna kuning telur

Cara Penyediaan :

#1: Masukkan semua bahan ke dalam blender.Kisarkan dan tapis untuk dapatkan adunan kuih cara berlauk yang licin dan sekata.

Untuk cara bakar kuih ini ada dua cara :

#2: Jika anda guna adunan kecil biasa, panaskan atas api dapur,oleskan sedikit minyak dan masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.Biarkan masak sedikit pada permukaan atas baru letak inti,daun sup serta potongan cili.Jangan terus masukkan waktu baru letak adunan nanti tenggelam.

Sambung bakar dengan tutup dengan tudung periuk sehingga masak lebih kurang 5 minit lagi dengan api sederhana.

Cara kedua sesuai untuk anda guna aduna besar dan  gunakan oven.

Sedapnya resepi kuih cara berlauk camni tambah-tambah banyak lauk kan bila buat sendiri.Guna je daging kisar untuk buat inti kuih cara.Memang best sangat.

#1: Panaskan oven pada suhu 180’C sekitar 10 minit.Biarkan.Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur, oles dengan minyak sehingga panas. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan.

#2: Biar kira kira 5-8  minit, sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Akhir sekali, taburkan daun bawang,daun sup dan cili merah.

Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180’C selama 20 minit atau sehingga garing yang anda suka.Guna api atas bawah.

Lepas tu dah siap dah resepi kuih cara berlauk ni.Memang sedap sangat tambah-tambah intinya banyak sebab kita buat sendiri kan.Selamat mencuba

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom