Resepi Kuih Cara Manis Dengan Haruman Aroma Daun Pandan

18425
Sedap dan mudah resepi kuih cara manis ni.Antara kuih yang senang disediakan untuk minum petang.Kami beri tips untuk anda hasilkan kuih cara sedap

Sebut sahaja resepi kuih cara mesti terbayang dalam kepala sejenis kuih berbentuk bujur ,kebanyakkannya bewarna hijau dan di apabila dimakan, rasa manis air gula menambahkan lagi kesedapan kuih ini.

Kuih cara ada dalam beberapa jenis selain daripada kuih cara tradisonal seperti di atas.Ada kuihnya yang dimasukkan jagung dan sejenis lagi iaitu kuih cara bakar yang berlaukkan daging dan bahan lain.Nanti kami tulis artikel lain mengenainya.

Untuk menambahkan kesedapan resepi kuih cara manis lembut ini, anda digalakkan mengggunakan jus pandan asli bagi hasilkan perasa dan juga warna yang menarik.

Kisar sahaja  daun pandan dengan sedikit air.Kemudian tapis dan ambil jusnya sahaja.Baki jus pandan jangan dibuang, tapi simpan dalam peti di bahagian sejuk beku untuk kegunaan pada masa datang.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Tok Aji Serban Kuih Tradisi Terengganu

Antara tips yang boleh anda amal ketika buat kuih ini ialah, sapu sedikit minyak pada acuan kuih cara sebelum masukkan adunan.Ini untuk elak kuih melekat.Bakar sahaja di atas api gas menggunakan api kecil sahaja.

Bahan Resepi Kuih Cara Manis :

Bahan A:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan pekat atau susu cair
  • 1 biji telur gred A
  • 3 sudu minyak masak
  • 2 1/2 cawan air blend dgn 15 helai daun pandan
  • sedikit garam

Bahan B:

  • gula putih untuk inti kuih cara

Sedap dan mudah resepi kuih cara manis ni.Antara kuih yang senang disediakan untuk minum petang.Kami beri tips untuk anda hasilkan kuih cara sedap

Cara Penyediaan Resepi Kuih Cara Manis :

Pertama , daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian ditapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.

Kedua  , panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser/sapu  sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).

Ketiga , isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.

Tips : Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang

Siap dah kuih untuk anda sediakan sebagai juadah minum petang anda.Resepi kuih ini memang senang dan tak perlukan kemahiran tertentu untuk penyediaannya.

Sedap dan mudah resepi kuih cara manis ni.Antara kuih yang senang disediakan untuk minum petang.Kami beri tips untuk anda hasilkan kuih cara sedap

Kami suka sedikit garing pada bahagian luar kuih.Selamat mencuba ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom