Resepi Kuih Cememek Kuih Orang Lama .Best Pun Best

3268
Waktu cuti camni, boleh lah anda cuba buat resepi kuih cememek ini. Sedap pula dengan rasa kenyal doh bercampur dengan rasa lemak santan dalam daun pisang.

Hari ini kami nak kongsikan resepi kuih cememek. Anda pernah dengar ? Asalnya kuih ini daripada seserengah tempat di Perak terutama Kampung Gajah. Orang lama-lama yang buat kuih ini.Kuih ini banyak dijual terutama pada waktu bulan puasa dan dikenali juga sebagai kuih lesung, kuih perigi buta atau kuih pena berdasarkan tempat masing-masing.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Goreng Tepung Bestari Best Campur 2 Bahan Lain Sahaja

Kalau sekali tengok, kuih ini seperti badak berendam, kuih sampan, kuih limas dan kuih tepung pelita. Orang cakap adik beradik atau berasal dari rumpun yang sama. Hee

Terima kasih kepada Puan Fatin Damia di atas sumbangan resepi kuih cememek ini. Boleh kami semua mencubanya nanti. Tengok pun macam sedap je kan.

Secara asasnya, strutktur resepi kuih cememek ini terdiri daripada daun pisang yang dibentuk menjadi bekas dan diisi dengan tepung 2-3 biji dan dikukus sebentar.

Waktu cuti camni, boleh lah anda cuba buat resepi kuih cememek ini. Sedap pula dengan rasa kenyal doh bercampur dengan rasa lemak santan dalam daun pisang.

Bahan Resepi Kuih Cememek :

Bahan Kuih :

  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan air pandan yang campur dengan santan cair ( guna 4-5 helai daun pandan )

Bahan Kuah Santan :

  • 1 cawan santan segar pekat
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung ubi ( boleh juga guna tepung jagung)
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan Lain :

  • Sedikit taburan gula dalam setiap bekas
  • Daun pisang yang dibentuk menjadi bekas

Cara Buat Resepi Kuih Cememek :

#1: Bentukkan dulu bekas daripada daun pisang empat segi atau anda boleh guna bekas plastik yang dilapik dengan daun pisang.Ketepikan.

Campurkan tepung pulut bersama air pandan bersama santan. Cara dapatkan air pandan tu anda kisar bersama santan cair 4-5 helai daun pandan dan tapis ambil airnya sahaja.

Gaul adunan hingga sebati menjadi doh.

#2: Doh tadi dibentuk menjadi bulat dalam anggaran satu sudu makan dan ditekan di bahagian tengah membentuk lubang.Masukkan dalam bekas daun pisang dan ketepikan seketika.

Dalam periuk, anda masukkan santan bersama tepung gandum,tepung ubi dan juga garam.Kacau sebati dengan api sederhana sehingga adunan mula memekat. Tutup api.

Sambil buat tadi anda panaskan air dalam pengukus. Bila santan dah masak, masukkan santan ke setiap bekas sambil ditabur sedikit gula.

Waktu cuti camni, boleh lah anda cuba buat resepi kuih cememek ini. Sedap pula dengan rasa kenyal doh bercampur dengan rasa lemak santan dalam daun pisang.

#3: Kukus kuih sekitar 10 minit menggunakan api besar. Jangan kukus terlalu lama untuk elakkan kuih keras kenyal dan santan keras.

Sedikit tips untuk anda buat resepi kuih cememek ini :

1- Penggunaan santan original lebih sedap rasanya jika digunakan dalam resepi ini. Walaubagaimanapun, jika menggunakan santan kotak, cairkan sedikit dengan sedikit air ataupun tambah 1 sudu minyak masak ke dalamnya.

2- Jangan kukus lama sangat. Nanti kuih akan mengembang dan bahagian santan nya akan mengental keras. Kuih akan rasa lebih sedap jika santan nya lembut sedikit.

3- Gunakan Daun Pisang Abu kalau nak dapatkan kuih yang wangi. Kalau tak ada daun pisang boleh diganti kukus dalam loyang. Sapukan sedikit minyak diloyang sebelum mengukus kuih.

Waktu cuti camni, boleh lah anda cuba buat resepi kuih cememek ini. Sedap pula dengan rasa kenyal doh bercampur dengan rasa lemak santan dalam daun pisang.

Selamat mencuba kuih ini. Sedappp.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom