Resepi Kuih Getas Beserta Tips Cantikkan Sira Gulanya

1128
Sedapnya untuk dibuat hidangan minum petang resepi kuih getas ni.Dekat tempat anda apa nama kuih ni ? Ada yang panggil kuih gegetas,kuih kertas juga.

Resepi kuih getas ini antara kuih-kuih tradisional yang menjadi memori indah sewaktu kita kanak-kanak dulu.Ada juga mereka yang tak pernah tahu kewujudan kuih getas ini.Banyak nama lain untuk kuih ini antaranya kuih gegetas atau dipanggil juga kuih kertas.

Waktu saya kecil dulu, kuih getas ini menjadi pilihan untuk hidangan sarapan atau minum petang disebabkan bahan yang digunakan sangat ringkas. Hanya guna tepung gandum, tepung pulut dan juga kelapa parut serta disira dengan gula selepas digoreng.

Bentuk kuih gegetas ini sebenarnya terpulang pada kerajinan pembuatnya.Ada berbentuk bulat dan ada juga yang berbentuk bujur panjang. Asalkan sedap untuk dimakan sudah kan.heee

BACA DI LINK BARU : Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Istimewa Untuk Anda

Kebiasaan ada daripada kita apabila menyira air gula, hasil akhirnya gula menjadi berketul-ketul yang besalut pada kuih.Untuk dapatkan sira gula yang halus,kering dan cantik untuk resepi kuih getas ini, boleh ikut kaedah yang kami bagi ini.

Sedapnya untuk dibuat hidangan minum petang resepi kuih getas ni.Dekat tempat anda apa nama kuih ni ? Ada yang panggil kuih gegetas,kuih kertas juga.

Masukkan air dan gula dalam kuali sehingga pekat dan menjadi seperti bertali sedikit dengan menggunakan api sederhana keci, baru masukkan kuih dan kecilkan sedikit api sehingga gula tadi kering dan berbentuk hablur,baru padamkan api.Memang cantik kejadian kuih getas bila disira seperti ini kan.

Terima kasih kepada Puan Nurul Aien untuk sumbangan resepi kuih muih tradisional ini.Rasa kuih yang kenyal dan manis sira memang berbaloi untuk dinikmati.

Bahan Resepi Kuih Getas :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji kelapa parut lapisan putih
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit air
  • Minyak utk menggoreng

Bahan Untuk Sira :

  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan air

Sedapnya untuk dibuat hidangan minum petang resepi kuih getas ni.Dekat tempat anda apa nama kuih ni ? Ada yang panggil kuih gegetas,kuih kertas juga.

Cara Buat Resepi Kuih Getas :

#1: Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali air.Gaul sebati kering dengan tangan barulah tuang air sedikit demi sedikit sambil mengadun sehinggalah tepung tidak melekat di jari. Kalau terlebih air boleh tambah tepung sedikit ya.

#2: Ambil adunan sebesar bola pingpong dan gentel bulat sedikit sebelum ditekan leper bagi dapatkan bentuk kuih getas yang bulat.Kalau nak buat bujur memanjang pun boleh.Bila dah siap panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.

Untuk cara sira gula pula boleh tengok kaedah seperti di atas.Kalau jadi berketul pun takde masalah asalkan jangan hangit sudah kan.

Memang sedap la untuk dijadikan hidangan minum petang.Selamat mencuba resepi kuih getas ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom