Resepi Kuih Gunting Rangup dan Kuih Gunting Sira Pedas

8573
2 versi kuih gunting yang pasti memikat selera anda.Satu resepi kuih gunting kari rangup beraroma dengan daun kari dan resepi kuih gunting sira.Sedap

Siapa pernah makan kuih gunting kari yang digoreng rangup ? Sebelum datangnya peralatan moden dan pelbagai jenis kuih ketika hari lebaran,kuih dan biskut seperti inilah yang jadi pilihan emak tuk senarai biskut kuih rayanya.

Masih lagi segar dalam ingatan,selepas selesai gelek satu persatu kuih siput dan siap goreng,ingatkan dah boleh rehat tapi belum lagi.

Keesokkan mak cakap akan buat kuih gunting.Dah terbayang dalam kepala sambil pegang gunting dan potong pada saiz dikehendaki.

Walaupun bahan kuih gunting berperisa kari ini cukup ringkas,tapi aroma yang terhasil daripada daun sup, daun kari membangkitkan aroma kuih yang siap digoreng.

Untuk tips elakkan kuih gunting anda datang dengan saiz yang berbeza serta lemau atau masuk angin ,cuba ikut tips ini.

Sebelum menggunting kuih yang siap digelek,bakar sekejap di atas pan untuk daptkan permukaan kuih gunting yang sedikit keras.Baru senang nak dipotong dalam saiz yang sama sebab tidak lembik.

BACA DI LINK BARU : Resepi Popia Sira Sambal Yang Rangup . Betul – Betul Menyelerakan

Selepas digoreng bersama daun kari,toskan minyak sekejap dan terus masukkan ke dalam balang/bekas bersaiz sederhana.

Kenapa guna bekas kecil atau bersaiz sederhana ye ?

Bila kita nak makan,mesti sentiasa buka bekas kan.Bila buka berulang kali,baki yng masih tersimpan mudah masuk angin.Cara yang paling senang adalah dengan simpan dalam bekas kecil dan habiskan satu persatu dahulu.

Ok dah dapat tips,jom kita tengok bahan resepi kuih gunting kari yang beraroma menggamit selera ini.

Kami akan berikan dua versi resepi kuih gunting ni khas tuk anda.Nak yang kari rangup ataupun sira pedas.Sedapnya kan.

2 versi kuih gunting yang pasti memikat selera anda.Satu resepi kuih gunting kari rangup beraroma dengan daun kari dan resepi kuih gunting sira.Sedap

Versi 1 Kuih Gunting Kari Rangup : 

Bahan Resepi :

Bahan A (blender)

  • 4 biji bawang besar
  • 2 genggam udang kering
  • 3 sudu makan jintan kasar
  • 3 sudu makan jintan putih

Bahan Lain :

  • 1 kilogram tepung gandum
  • 4 sudu makan membukit marjerin pelangi dipanaskan (boleh lebih kan jika nak lembut sedikit,sy suka keras2 sikit)
  • 1 sudu makan garam halus
  • 2 genggam daun kari
  • 2 genggam daun sup
  • 2 sudu makan penuh cili kering kisar
  • air secukupnya
  • 2 versi kuih gunting yang pasti memikat selera anda.Satu resepi kuih gunting kari rangup beraroma dengan daun kari dan resepi kuih gunting sira.Sedap

Cara Buat Kuih Gunting Rangup : 

#1: Masukkan marjerin yg dipanaskan ke dalam tepung gandum,gaul rata. Masukkan bahan A, gaul lagi.

#2: Masukkan garam, daun sup, daun kari,cili kisar.Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh

#3: Canaikan doh,kalau suka yg nipis boleh canai nipis atau ikut ketebalan yang dimahukan,sy suka tebal sedikit. Masak atas pan sekejap sahaja,untuk memudahlan kita gunting nanti

#4: Sedia utk digunting,ikut suka nak gunting mcm mana sama ada memanjang atau pendek. Goreng dalam minyak yg panas bersama dgn daun kari. Goreng sehingga keemasan. Tapis & sejukkan,simpan dalam bekas kedap udara.

2 versi kuih gunting yang pasti memikat selera anda.Satu resepi kuih gunting kari rangup beraroma dengan daun kari dan resepi kuih gunting sira.Sedap

Versi 2 : Resepi Kuih Gunting Sira Lada 

Bahan Resepi :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit air

Cara Penyediaan Kuih Gunting Sira :

#1: Tepung gandum n minyak di ramas hingga jadi ketulan berderai barulah diletakkan air sedikit demi sedikit.

#2: Uli adunan hingga menjadi doh.Tambah air jika perlu.Dah siap bahagikan kepada 6-10 bahagian dan canaikan ikut ketebalan.Semasa mencanai tabur tepung untuk elak melekat antara satu sama lain ketika menggoreng nanti.

#3: Potong kecil ikut saiz anda mahu dan goreng hingga keemasan.Tapis dan biarkan dahulu.

Resepi Sambal Kuih Gunting :

  • 6-10 biji lada kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan gula
  • Sedikit perisa pasti sedap
  • 1 sudu makan cuka makan
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan : 

#1: Kisar bwg putih bersama  lada kering barulah ditumis bersama sedikit minyak. Biarkan pecah minyak sedikit baru masukkan cuka,perisa dan gula,

Biarkan gula larut seketika sampai nampak pekat.Guna api sederhana sahaja. Kecilkan api dan masukan kuih yang siap digoreng tadi. Gaul sampai rata dan padamkan api.

Siap.Anda boleh pilih mahukan versi yang mana.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom