Resepi Kuih Kasturi Sedap Dengan Kulit Luar Rangup Best

51825
Sedap sungguh resepi kuih kasturi kacang hijau ni. Dengan kulit luar yang rangup, memang terbaik untuk dicuba. Kami beri tips dan resepi lengkap . Best kan.

Resepi kuih kasturi yang akan kami berikan ini memang sedap untuk anda cuba. Nama lain kuih ini ialah kuih kacang hijau. Dengan inti kacang hijau yang direbus dan dicampurkan dengan bahan lain seperti kelapa parut dan tepung , dibentukkan menjadi bulat dan dicelup pula dengan bancuhan tepung supaya sekata dan akhir sekali, goreng rangup kuih ini. Memang sedap dan berbaloi.

Oh ya, resepi kuih kasturi frozen pun anda boleh buat dengan caranya adalah, hanya goreng 1/3 masak lepas tu masukkan dalam plastik serta simpan di dalam freezer. Nak makan baru goreng. Senang dan jimat kan.

Tips untuk hasilkan kuih kasturi ini supaya bertambah sedap adalah :

1- Rebus sampai empuk kacang hijau. Anda boleh ikut cara biasa iaitu rendam semalaman dan rebus atau kalau nak cepat, gunakan pressure cooker. Memang sekejap dan puas hati hasilnya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Daging Bakar Danok Best Sangat. Siap Air Asam Terbaik.

2- Untuk jadikan bentuk kuih kacang ini bulat cantik dan tidak melekat di tangan, oleskan minyak masak di tapak tangan terlebih dahulu sebelum menguli.

3- Goreng dengan api sederhana besar dan jangan masukkan banyak kuih ini. Cara ini akan hasilkan kuih kasturi yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Sedap sungguh resepi kuih kasturi kacang hijau ni. Dengan kulit luar yang rangup, memang terbaik untuk dicuba. Kami beri tips dan resepi lengkap . Best kan.

Bahan Inti Resepi Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau :

  • 500 gram kacang hijau
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air untuk merebus kacang hijau

* Gunakan cawan penyukat metrik sukatan 250 ml untuk sama dan tepat.

Cara Buat Resepi Kuih Kasturi :

#1: Rebus kacang hijau hingga hancur guna salah satu kaedah yang ditulis dalam tips atas. Bila dah nak nampak hancur, buang air sedikit dan keringkan sedikti sebelum masukkan bahan lain seperti kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.

Teruskan mengacau sehingga inti kacang hijau ini betul-betul kering. Guna api kecil ya untuk elak hangit.

#2: Selepas dah kering, angkat dan sejukkan inti sebelum anda sapu tangan dengan minyak sedikit. Bentukkan bulat-bulat inti pada saiz yang hampir sama, lepas tu tekan menjadi leper.

Ok dah siap Langkah 1, kita teruskan dengan Langkah 2 untuk bancuhan kulit luar kuih kasturi.

Sedap sungguh resepi kuih kasturi kacang hijau ni. Dengan kulit luar yang rangup, memang terbaik untuk dicuba. Kami beri tips dan resepi lengkap . Best kan.

Bahan Resepi Bancuhan Kulit Luar Kuih Kacang Hijau :

  • 2 cawan tepung beras cap 1 gajah
  • 1 sudu teh air kapur pekat
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji telor
  • Air ais untuk rangupkan kulit

Cara Buat :

#1: Bancuh semua bahan sehingga dapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair ya. Biarkan ianya pekat mengalir.

Panaskan minyak banyak dalam kuali. Bila dah panas, celup inti kuih kacang hijau tadi ke dalam bancuhan tepung beras dan goreng. Goreng 3-4 biji sekali gorengan.

Bila dah nampak kulit kekuningan, terbalikkan dan bila dah masak, toskan kuih.

Dah siap dah resepi kuih kasturi mudah untuk anda cuba sendiri di rumah.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom