Resepi Kuih Kaswi Gandum

1457
Resepi Kuih Kaswi Gandum adalah salah satu kuih tradisional masyarakat melayu. Resepi Kuih Kaswi Gandum ini ringkas tetapi rasa sangat berlemak dan sedap.
Resepi Kuih Kaswi Gandum adalah salah satu kuih tradisional masyarakat melayu. Resepi Kuih Kaswi Gandum ini ringkas tetapi rasa sangat berlemak dan sedap.

Bahan-Bahan  Untuk Resepi Kuih Kaswi Gandum

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan (3 helai)
3/4 cawan gula pasir
1/2 st air kapur sireh
1/2 st garam
1 biji telur
pewarna hijau / daun pandan
1 cawan kelapa parut (putih sahaja) + secubit garam – digaul

Cara Membuat Resepi Kuih Kaswi Gandum
1. Kacau sebati tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. Selepas itu campurkan ke semua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel kemudian tapis.
2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit minyak (saya alas dengan plastik sahaja), jangan tebal sangat dalam 3cm cukup.
3. Kukus hingga masak dalam 20 – 25 minit. Bila telah sejuk, boleh potong Resepi Kuih Kaswi Gandum dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan garam .

Itu ye akak-akak Resepi Kuih Kaswi Gandum. Selamat mencuba