Resepi Kuih Keria Sira Gula Dengan Tips Berbaloi

22922
Nak buat kuih keria yang lebih sedap daripada beli kat kedai ? Boleh ikut resepi dan tips kami beri tuk dapatkan kuih keria sira yang sangat sedap dan mudah

Sebelum kuih keria antararabangsa di Batu Berendam,Melaka popular dan menjadi tular, kuih ini sudah sedap dengan sira gula putih.Yang berbezanya hanya pada proses sira.Di Melaka ianya menggunakan sira gula Melaka.

Bahan-bahan untuk buat resepi kuih keria sama bagi kedua jenis di atas dan menggunakan ubi keledek oren bagi dapatkan tekstur yang lembut dan beraroma.

Untuk dapatkan kuih keria yang lembut dan sedap dimakan,gunakan ubi keledek yang direbus dan ditumbuk secukupnya.Kebanyakkan yang dijual di warung dan kedai menggunakan tepung gandum yang banyak.Sebab tu kuih terasa lebih keras dan tidak menepati selera.

Untuk proses menyira gula putih dan elakkan daripada gula menjadi likat tidak berketul,ada tips yang boleh anda buat untuk proses menyira kuih keria ini.Ketika hancurkan gula putih bersama dengan air, masukkan tepung gandum lebih kurang 1 sudu teh tepung gandum. Ini akan jadikan salutan pada kuih menjadi kering, bersalut dan cantik.

Anda boleh gunakan resepi kuih kerisn  ini untuk buat kuih keria gula melaka.Hanya tambahkan gula melaka jika ingin disiran dengannya ya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Hari Lebaran Nanti

Bahan Resepi Kuih Keria Lembut :

  • 3 biji ubu keledek dalam anggaran 250-300 gram di rebus hingga empuk dan ditumbuk.
  • 3 sudu makan membukit tepung gandum
  • 3 sudu makan membukit tepung jagung

Nak buat resepi kuih keria yang lebih sedap daripada beli kat kedai ? Boleh ikut resepi dan tips kami beri tuk dapatkan kuih keria sira yang sangat sedap dan mudah

Cara Penyediaan Resepi Kuih Keria Antarabangsa :

#1: Masukkan ubi keledek yang telah ditumbuk ke dalam bekas.Baru tambahkan  2 sudu tepung gandum dan 2 sudu tepung jagung.Gaulkan dulu.Bila nampak lembik, baru tambah balik baki kedua tepung tadi sehingga dapat kepekatan untuk membentuk doh.

#2: Masukkan secubit garam.Jika masih lembik masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit ya.Baru gentel-gentel dan bentukkan doh.Susun di atas bekas atau talam yang di alas dengan tepung.Tebukkan pada bahagian tengah.

#3: Panaskan minyak dengan api sederhana.Goreng adunan kuih keria sehingga masak.Jangan guna api besar ya.Nanti hangit pada permukaan luar kuih tapi masih mentah pada bahagian dalam.Angkat dan toskan bila dah masak.

Bahan Resepi Untuk Sira Kuih Keria :

  • 1 cawan gula putih
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu makan tepung gandum

Nak buat resepi kuih keria yang lebih sedap daripada beli kat kedai ? Boleh ikut resepi dan tips kami beri tuk dapatkan kuih keria sira yang sangat sedap dan mudah

 

Cara Penyediaan Kuah Sira :

#1: Masukkan gula,air dan tepung gandum ke dalam kuali yang bersih.Pastikan kuali tiada minyak.Kalau tak,tak menjadi nanti kuah siranya.Masak dengan api sederhana sehingga berbuih,likat.

Bila dah likat baru tutup api. Dan masukkan kuih  yang telah siap digoreng tadi.Salut semua kuih hingga gula mengering barulah diangkat.

Memang menjadi betul kalau anda ikut resepi dan tips kuih keria lembut seperti yang kami berikan ni tau.Kuih ini juga ada yang panggil dengan nama kuih gelang di sesetengah tempat.

Jadi anda dah tahu cara beserta tips nya kan.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom