Resepi Kuih Ketayap Inti Kelapa Yang Menggamit Kenangan

1480
Dulu , masa saya kecil-kecil, mesti emak selalu buat kuih ketayap ni. Memang sedap tambah-tambah makan pada hari hujan. Tak sabar nak tunggu kuih ketayap

Waktu saya kecil dulu , antara kuih yang fav yang selalu emak buat , adalah kuih ketayap . Masih saya ingat , saya lah tukang membalikkan kulit kuih ketayap yang sudah masak pada ke bahagian yang lain.

Tapi pada waktu tu , untuk menyediakan inti kuih ketayap bukanlah satu benda yang senang. Kelapa hendaklah dibelah dulu, diparut menggunakan tangan dengan pemarut tradisional , barulah dibuat inti .Memang kalau buat pada waktu tengahari , lewat petang baru dimakan. Tapi terasa lebih sedap mungkin hasil daripada air tangan emak yang disediakan penuh kasih sayang kan.

Kali ini jom tengok hasil air tangan Puan Zaimah Zakaria yang menyediakan lengkap untuk rujukan kita bersama.Untuk mencuba resepi lain seperti Resepi Kuih Peria Sukatan Cawan Sangat Sedap Dikongsi 23,000 Kali, boleh cuba di sini ya.

Bahan-bahan untuk menyediakan kuih ketayap ini :

Bahan Kulit 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air pandan yang diperolehi dengan cara blenderkan daun pandan dan ambil airnya sahaja selepas ditapis
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam secukup rasa

Dulu , masa saya kecil-kecil, mesti emak selalu buat kuih ketayap ni. Memang sedap tambah-tambah makan pada hari hujan. Tak sabar nak tunggu kuih ketayap

Bahan Inti Kuih Ketayap 

  • 1 biji kelapa parut yang diambil bahagian bewarna putih sahaja
  • 1 cawan gula merah atau gula melaka hancur
  • 1/3 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu makan gula

Penyediaan inti kelapa ini adalah dengan dalam satu periuk , masukkan gula melaka hancur, gula putih dan air bersama daun pandan . Masak sehingga semua hancur.

Barulah dimasukkan kelapa parut dan kacau hingga kering menggunakan api kecil.Barulah kacau lagi sehingga kering dan tambah tepung gandum.

Masak inti kelapa sehingga sedikit kering dan berkilat.Intinya jangan terlalu kering nanti x sedap.Lembab barulah kena dengan selera tekak kan.

Cara-cara penyediaan kuih ketayap pandan ini :

#1: Pertama sekali adalah untuk dapatkan air pandan.Potong dan kisar 6-8 helai daun pandan bersama 2 cawan air. Selepas itu tapis dan ambil airnya sahaja.

#2: Campurkan dengan bahan-bahan kulit kuih ketayap dan kacau sehingga sebati. Untuk mendapatkan hasil kulit yang cantik, tapis adunan.

#3: Sapukan minyak menggunakan tisu dapur satu lapisan nipis di dalam kuali. Masukkan satu senduk adunan kulit dan lenggang ke seluruh permukaan kuali. Nak guna kuali biasa tau non stick tiada masalah.

#4: Dah masak angkat. Setiap kali nak masak kulit baru, sapukan dlu permukaan kuali dengan lapisan nipis .Untuk elakkan kulit kuih ketayap kita melekat pada permukaan kuali.

Dulu , masa saya kecil-kecil, mesti emak selalu buat kuih ketayap ni. Memang sedap tambah-tambah makan pada hari hujan. Tak sabar nak tunggu kuih ketayap

#5: Bila kesemuanya dah masak, barulah masukkan lebih kurang satu sudu makan inti kelapa tadi dan gulung kemas.

Siap dan boleh dimakan dah kuih ketayap.Sangat sedap dengan aroma bau pandan inti kelapa muda bersama gula melaka. Selamat mencuba.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Zaimah Zakaria 

Video Pilihan : Resepi Ikan Celup Tepung