Resepi Kuih Kiswi Lembut

3103
Resepi Kuih Kiswi Lembut
Resepi Kuih Kiswi Lembut

Bahan – Bahan 

Bahan Sirap

5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
*saya tambah beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional] Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara -Cara Resepi  Kuih Kiswi Lembut

1.Panaskan kukusan.

2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]

3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.

4. Masakkan sehingga masak lebih kurang 30 minit.

5. Tunggu sehingga sejuk baru  potong Resepi Kuih Kiswi Lembut dengan pisau plastik.

6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.

7. Lumurkan Kuih Kiswi Lembu yang dipotong bersama dengan kelapa parut tadi.