Resepi Kuih Koci Kelantan Gemok-Gemok Yang Menyelerakan.

5084
Resepi kuih koci Kelantan memang terkenal di negeri ini dengan bentuk yang gemok menyelerakan. Kami beri resepi penuh beserta tips untuk anda buat kuih ini

Bagi orang selain dari penduduk negeri Kelantan, resepi kuih koci Kelantan biasanya dikenali atau disamakan dengan kuih peria. Ianya disebabkan tekstur dan bahan yang digunakan dalam pembuatan kedua kuih ini boleh dikatakan sama. Cuma bila di Kelantan, kuih koci ini dibungkus dalam daun pisang dan bentuk yang tertonjol itu adalah identiti kuih ini.

Jadi kalau dulu ada kami siarkan Resepi Kuih Peria  di sini , kali ini kami akan berikan resepi kuih koci Kelantan yang asalnya dari Kelantan dan dibuat dengan gaya tersendiri. Jadi anda yang mahu mencuba kuih koci versi ini, dipersilakan. Insyaallah lengkap kami sertakan resepi dengan tipsnya.

Untuk bahan doh kuih koci Kelantan, ada yang suka menggunakan 100% tepung pulut manakala ada yang mencampurkan dengan tepung gandum sedikit.

Rasa kuih koci Kelantan adalah manis-manis kenyal dengan inti yang tersendiri dan dibalut dalam daun pisang. Ianya juga wangi hasil bau daun pisang yang dikukus.. Antara inti kuih koci yang popular adalah kacang hijau, kacang merah ataupun inti kelapa. Kalau tanya inti kentang tu, takde lagi dalam sejarah kuih koci ni.Hee.

Untuk kali ini kami akan berikan resepi inti kacang hijau untuk anda cuba sendiri di rumah.

Bahan Resepi Kuih Koci Kelantan Asli :

Bahan Inci Kacang Hijau :

  • 1/2 cawan kacang hijau yang direndam selama 4 jam
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka hancur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • Secubit garam

Resepi kuih koci Kelantan memang terkenal di negeri ini dengan bentuk yang gemok menyelerakan. Kami beri resepi penuh beserta tips untuk anda buat kuih ini

Cara Masak Inti Kuih Koci Kelantan :

#1: Rebus kacang hijau yang telah di rendam tadi sehingga kembang dan empuk dengan 2 cawan air.  Biarkan air kering tinggal sedikit kemudian masukkan santan,gula,gula melaka,garam dan teruskan kacau sebati.

Sambung kacau hingga santan kering dan inti kacang mula sebati dan sedikit keras.Jangan risau jika masih lembik waktu panas.Nanti sejuk ianya akan jadi keras. Bila dah keras ,bulatkan ikut saiz yang dikendaki.

Bahan Resepi Doh Kuih Koci Kelantan :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan air
  • Secubit garam
  • Pewarna pilihan
  • Daun Pisang
  • Sedikit minyak masak

Resepi kuih koci Kelantan memang terkenal di negeri ini dengan bentuk yang gemok menyelerakan. Kami beri resepi penuh beserta tips untuk anda buat kuih ini

 

Cara Penyediaan Resepi Kuih Koci Kelantan :

#1: Dalam bekas, satukan tepung pulut dengan sedikit garam,masukkan santan dahulu serta ramas sebati barulah masukkan air sedikit demi sedikit.

 

Uli hingga jadi doh dah teksturnya tidak lembik, tidak keras serta tak melekat di tangan. Kalau nak masuk pewarna , masuk pada waktu ni . Bila dah ada pewarna , bulatkan doh dalam saiz bola ping pong.

#2: Daun pisang yang dipotong tadi dilayurkan terlebih dahulu dan  disapu dengan sedikit minyak masak. Tujuannya tak nak bagi kuih koci melekat.Ambil doh , penyekkan atau leperkan, masukkan inti kacang lepas tu tutup doh semula, baru letak atas daun pisang dan bungkus dengan cara lipat keduanya ke belakang.

#3: Panaskan air dalam pengukus dan bila air mendidih, susun kuih koci dalam pengukus dan kukus selama 10-15 minit guna api besar.

Dah siap resepi kuih koci Kelantan untuk anda cuba sendiri. Nak guna inti apa pun terpulang asalkan sedap pada selera anda.Hee