Sedapnya resepi kuih lapis labu ni. Tak guna sebarang pewarna tambahan. Warna kuning cantik datang daripada warna labu sahaja. Boleh cuba ni sempena anda bekerja dari rumah.
Sedikit tips untuk pastikan anda dapat hasil kuih lapis labu yang puas hati ialah :
1- Untuk bolehkan loyang yang digunakan tidak melekat adalah sapukan minyak masak di sekeliling loyang atau alaskan dengan baking paper supaya kuih anda senang dikeluarkan. Ada juga yang alas dengan plastik tahan panas di dasar loyang. Semua terpulang kepada cara mana anda mahu pilih.
2- Untuk elakkan air jatuh ke dalam talam yang sedang dikukus , letakkan tuala di sekeliling permukaan pengukus sebelum tutup atau nak senang, balut terus penutup pengukus dengan tuala.
3- Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5minit.Supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi
BACA DI LINK BARU : Resepi Oreo Cheesecake Best Tak Perlu Nak Bakar
Terima kasih kepada Puan Marlia Lia atas perkongsian resepi kuih lapis labu yang menarik ini.
Bahan Resepi Kuih Lapis Labu Sedap :
- 1/4 biji labu saiz sederhana yang dipotong dadu dan dikukus sekitar 5 minit, dan blender halus. Anggaran hasil labu dapat ialah 1/2 cawan selepas diblender. Saya guna pengisar kering
- 4 cawan santan segar.. Dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku
Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata bahan-bahan ini :
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 3/4 – 1 cawan gula halus ( saya guna ¾ cawan shj..kisar gula supaya senang larut)
- 1/4 sudu teh teh garam
Cara Buat Resepi Kuih Lapis Labu :
#1: Tuangkan santan suam tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sebati guna hand whisker kemudian tapis. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan labu, dan satu bahagian lagi biarkan sebegitu.
Panaskan kukusan hingga air mendidih. Panaskan loyang yang dah disapu minyak terlebih dahulu. Loyang dah betul panas baru start melapis.. Kukus dengan api sederhana
#2: Setiap lapis, kukus selama 5minit.Lapisan terakhir kukus selama 20-25minit.
Untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, bukak penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi. Biarkan wap air atas kuih mengering.
Bila dah sejuk barulah potong. Dah siap dah buat resepi kuih lapis labu. Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom