Resepi Kuih Lepat Sagu Tak Perlu Dikukus.Sedap Tapi Mudah

9788
Sebut sahaja mengenai kuih lepat,pasti terbayang kuih yang berbentuk empat segi tepat yang berbungkus elok di dalam daun pisang segar..Hari ni kami beri resepi penuh beserta tips kuih lepat sagu tak perlu kukus ya.

Sebut sahaja mengenai kuih lepat,pasti terbayang kuih yang berbentuk empat segi tepat yang berbungkus elok di dalam daun pisang segar.

Seterusnya kuih lepat dikukus sehingga masak dan menghasilkan aroma yang cukup menggiurkan selera.

Banyak jenis kuih lepat antaranya kuih lepat sagu yang akan kami siarkan resepinya ,kuih lepat ubi,kuih lepat pisang dan kalau di utara Malaysia seperti Kedah dan Perlis,ada sejenis kuih lepat yang dipanggil lepat liat.

Yang tu kena berhati-hati sikit bila makan.Tak boleh telan laju-laju dan tak sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua.

Pernah dengar kan orang meninggal tercekik kuih lepat liat ni.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Ketayap Inti Kelapa Yang Menggamit Kenangan

Kuih lepat secara asasnya  tepung putih yang dimasak hingga berwap dan mengandungi bahan pilihan sama ada sagu,pisang,ubi dan sebagainya.

Kali ni kami akan siarkan resepi kuih lepat sagu yang menarik ni hasil air tangan Puan Mas Cotek .Anda boleh follow beliau pada di Facebook dengan klik namanya.

Sebut sahaja mengenai kuih lepat,pasti terbayang kuih yang berbentuk empat segi tepat yang berbungkus elok di dalam daun pisang segar..Hari ni kami beri resepi penuh beserta tips kuih lepat sagu tak perlu kukus ya.

Bahan-bahan untuk kuih lepat sagu ini :

  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu makan ( membukit ) tepung Hoen Kwe
  • 1 cawan gula
  • 5 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan disimpu
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Cara penyediaan sagu :

Didihkan 3 cawan air terlebih dahulu.Barulah dimasukkan sagu dan masak hingga jernih.

Toskan dan ketepikan.

Sebut sahaja mengenai kuih lepat,pasti terbayang kuih yang berbentuk empat segi tepat yang berbungkus elok di dalam daun pisang segar..Hari ni kami beri resepi penuh beserta tips kuih lepat sagu tak perlu kukus ya.

Cara penyediaan kuih lepat sagu pula :

Seeloknya anda telah gunting daun piaang pada saiz yang dikendaki,layurkan sekejap di atas api untuk elak mudah pecah dan juga lapkan dengan kain supaya bersih.

Tak perlu leserkan dengan minyak ya sebab kuih lepat ni tak perlu dikukus.

#1: Panaskan periuk dan buka api perlahan sahaja.Masukkan dua jenis tepung bersama dengan santan pekat,gula dan garam.Kacau sehingga sebati dan barulah masukkan daun pandan.

#2: Sentiasa kacau adunan pada api perlahan hingga adunan berkilat dan meletup-letup.Ingat api perlahan ya.

#3: Masukkan sagu dan terus tutup api.Kacau sekejap untuk sagu bercampur.

Sebut sahaja mengenai kuih lepat,pasti terbayang kuih yang berbentuk empat segi tepat yang berbungkus elok di dalam daun pisang segar..Hari ni kami beri resepi penuh beserta tips kuih lepat sagu tak perlu kukus ya.

#4: Adunan yang panas-panas ni dicedok dalam dua – tiga sudu makan dan diletakkan atas daun pisang.Gelekkan daun pisang supaya adunan lept cantik elok.

Bungkus dan rapikan hujung .

#5: Masukkan lepat sagu yang siap dibungkus ke dalam peti sejuk dan biarkan sejuk.Sedia untuk dimakan.

Senang dan jelas step-step untuk hasilkan kuih lepat sagu ni kan.Selamat mecuba .

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom