Resepi Kuih Limas Kuih Tradisi Negeri Perak.Best Tau

9859
Boleh cuba resepi kuih limas ni.Ianya merupakan kuih tradisi negeri Perak dan seakan-akan kuih tepung pelita. tapi berbeza dari segi penggunaan tepung.Best

Sekali tengok resepi kuih limas ini ianya seakan kuih tepung pelita ataupun kuih sampan. Tapi yang membezakan kuih limas dengan kuih pelita ialah dari segi penggunaan tepung. Kuih tradisi negeri Perak ini hanya menggunakan tepung gandum sahaja.

Dari segi rasa, kuih limas mempunyai rasa manis yang berair, rasa lemak santan dan juga rasa tepung. Sedap.

Untuk kelongsong resepi kuih limas, anda boleh menggunakan daun pisang ataupun bekas plastik dadih yang dialas dengan daun pisang. Memudahkan kerja kan. hee. Sesuai untuk dibuat jual.

Terima kasih kepada Puan Noriza Jaja di atas sumbangan resepi kuih limas. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nugget Ayam Homemade Best Sangat Tanpa Lemak.

Bahan Resepi Kuih Limas Sukatan Cawan :

Lapisan bawah :

  • 2 cawan santan cair
  • 1 1/2 cawan jus air pandan
  • 4 sudu makan gula pasir
  • 1 1/4 cawan tepung gandum tambah 1 sudu makan tepung gandum
  • Sedikit pewarna hijau jika mahu

Jus pandan dihasilkan dengan kisar 8-10 helai daun pandan dengan 1 1/2 cawan air. Kisar dan tapis ambil airnya. Selepas itu campurkan semua bahan di atas dan tapiskan.

Boleh cuba resepi kuih limas ni.Ianya merupakan kuih tradisi negeri Perak dan seakan-akan kuih tepung pelita. tapi berbeza dari segi penggunaan tepung.Best

Bahan Resepi Lapisan Atas Kuih Limas :

  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam

Campurkan semua bahan dan kacau rata.Tapiskan dan ketepikan.Jika santan agak pekat, kurangkan sukatan tepung jadikan 1/2 cawan sahaja. Ianya bergantung kepada kepekatan santan yang perlu diubah. Santan di atas diambil dari santan yang diperah.Jadi kena pandai ubah santan yang digunakan. Kepala santan untuk kuih ini agak lembut.

Bahan Lain :

  • Kelongsong daun pisang@bekas plastik
  • gula secukupnya.

Cara Buat Resepi Kuih Limas Tradisional :

#1: Panaskan kukusan dan susun kelongsong dan isi 1 sudu makan gula. Bila air dh mendidih,masukkan lapisan bawah yang hijau dan kukus selama 12 minit dengan api sederhana.Bila dah masak sejukkan sebentar supaya bila letak yang lapisan atas dia takkan bercampur.

#2: Dah sejuk sikit masukkan pulak lapisan atas.Tuang guna senduk perlahan-lahan dan kukus juga 10-12 minit api sederhana.Dah masak tutup api.Siap dihidang ketika suam atau pun sejukkan didalam peti ais.

Boleh cuba resepi kuih limas ni.Ianya merupakan kuih tradisi negeri Perak dan seakan-akan kuih tepung pelita. tapi berbeza dari segi penggunaan tepung.Best

Tips Resepi Kuih Limas untuk hasil terbaik :

1- Kukus dgn api sederhana sahaja untuk dapatkan permukaan yang cantik,licin.

2- Sejukkan lapisan bawah dulu supaya tak bercampur adunan sebab kuih ni agak lembut.

3- Balut tudung pengukus supaya air tak jatuh

4- Guna santan segar dan sebelum tuang adunan ke dalam kelongsong, kacau rata supaya tidak mendap.

Selamat mencuba resepi kuih tradisi negeri Perak ini. Sedap makan dia.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom