Resepi Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan Sedap Asli Terbaik

39190
Kami berikan resepi kuih lompang pandan aslidan sedap untuk anda cuba. Dengan tips-tips berguna, memang best la rasa kuih lompang anda nanti.Terbaik

Hari ini kami berikan resepi kuih lompang pandan untuk anda cuba selain daripada kuih lompang gula merah. Boleh la bertukar-tukar buat kalau terasa nak makan yang mana kan.

Apa beza kuih lompang dengan kuih kaswi ?

Ramai yang tanya kami apa beza memandangkan bentuk yang sama dan penggunaan air kapur dalam kedua-dua kuih ini untuk dapatkan rasa rapuh kuih kan. Perbezaannya adalah pada jenis tepung yang digunakan. Untuk kuih kaswi, kita gunakan tepung gandum manakala untuk kuih lompang pula, tepung utamanya tepung beras dan sedikit campuran tepung ubi.  Ok dah jelas.

Kami juga nak bagi tips untuk hasilkan resepi kuih lompang pandan yang sedap. Sila ikut jika nak keaslian aroma dan rasa ya.

1- Guna sedikit air kapur untuk bagi kuih rasa rapuh. Jangan terlalu banyak kapurnya. Cth untuk resepi ini, ambil secubit kapur makan dan tambah satu sudu teh air. Kacau sebati dan sukat satu sudu teh.

2- Untuk dapatkan lubang lesung pipit di tengah acuan, kukus dulu acuan selama 5 minit lepas tu barulah tuang acuan dan sambung kukus 15-20 minit lagi. Jangan lupa balut penutup pengukus untuk elak air jatuh .

3- Oles acuan dengan minyak masak untuk mudah dikeluarkan dengan cantik.Tunggu kuih lompang pandan betul-betul sejuk dahulu sebelum dikeluarkan.

4- Kukus sebentar 5 minit kelapa parut dengan secubit garam untuk lagi sedap.

BACA DI LINK BARU : Resepi Serunding Kelapa Lazat Tak Terperi Makan Dengan Pulut

Terima kasih kepada Puan Noriza Rahman di atas resepi kuih lompang pandan yang begitu menyelerakan ini. Semoga puan murah rezeki.

Kami berikan resepi kuih lompang pandan aslidan sedap untuk anda cuba. Dengan tips-tips berguna, memang best la rasa kuih lompang anda nanti.Terbaik

Bahan Resepi Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan :

  • 3 cawan air *
  • 10 helai daun pandan *
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan membukit  tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1 cawan gula  dimasak bersama 1 cawan air
  • Kelapa parut + secubit garam untuk letak atas kuih

Gunakan cawan penyukat 250ml untuk tepat ya. Kami guna yang ini.

Cara Buat Resepi Kuih Lompang Pandan Sedap :

#1: Kisar bahan bertanda, tapis dan ambil air pandan.Curah air pandan perlahan ke dalam bekas yang mengandungi tepung beras, tepung ubi dan air kapur. Kacau sebati supaya tepung larut.

Masak air bersama gula.Sejukkan dahulu sebelum masukkan balik dalam adunan atas. Nak cantik, tapis adunan sebelum dituang dalam acuan.

#2: Panaskan air dalam pengukus, oles minyak pada acuan, kukus acuan 5 minit, tuang adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan kukus 15-20 minit sehingga lesun pipit terbentuk. Jangan lupa balut penutup pengukus ea.

Sambil tu kukus kelapa parut dengan secubit garam. Bila kuih lompang pandan dah sejuk, boleh keluarkan dan letak kelapa parut atasnya. Tahan lama tak basi sebab kita dah kukus kan kelapa parut.

Kami berikan resepi kuih lompang pandan aslidan sedap untuk anda cuba. Dengan tips-tips berguna, memang best la rasa kuih lompang anda nanti.Terbaik

Dah siap dah resepi kuih lompang pandan. Memang best sebab rasa asli pandan. Jangan guna pewarna. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom