Kali ini kami mahu berikan resepi kuih lompang gula merah yang sangat menjadi.Sama ada dari segi rupanya yang cantik berkilat atau dari segi rasa sedapnya kuih ini.
Sebelum anda cuba resepi kuih lompang ini, kami mahu berikan beberapa tips untuk pastikan anda berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.
Pertama, pastikan air dalam pengukus sudah mendidih dan juga penutup pengukus dibalut elok dengan kain tuala. Ini untuk pastikan air tidak menitik masuk ke dalam acuan kuih lompang yang boleh mencacatkan rupa kuih lompang.
BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Penyet Beserta Sambal Ayam Penyet Sedap
Kedua, untuk pastikan kuih lompang senang dikeluarkan daripada acuan,anda boleh oleskan sedikit minyak bagi pastikan kuih senang dikeluarkan.
Ketiga, guna kelapa yang sederhana muda dan hanya ambil lapisan putih luar kelapa bagi dapatkan rasa yang sedap.
Keempat , jika anda mahukan rasa sedikit rapuh dalam resepi kuih lompang gula merah ini , boleh masukkan air kapur makan dalam 1/2 sudu makan. yag telah cair Jangan banyak nanti ianya menjejaskan rasa kuih lompang dan menjadi pahit.
Video untuk resepi kuih lompang ini ada kami sertakan di bahagian bawah artikel ya. Boleh la tengok dan cuba sendiri. Warna kuih bergantung pada jenis gula merah ya. Kalau nak yang hitam sangat, guna gula merah hancur yang melekit tu.
Bahan Resepi Kuih Lompang Gula Merah :
Bahan resepi ini akan hasilkan sekitar 15-20 biji kuih lompang ya. Gunakan cawan penyukat yang sama/standard ea.
Bahan A :
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 1/2 cawan air
- 1 helai daun pandan
Bahan B :
- 1 3/4 cawan tepung beras
- 1/2 sudu makan membukit tepung ubi
Bahan C :
- Kelapa parut bahagian putih sahaja
- 1/2 sudu teh garam
Gaulkan kelapa parut dan garam.Kukus sebentar dalam 6-10 minit untuk lagi sedap.
Cara Penyediaan Resepi Kuih Lompang Gula Merah :
#1: Dalam satu periuk, masakkan Bahan A hingga larut dan sebati. Ketepikan dan tunggu suam. Sementara tu boleh lah panaskan air dalam pengukus untuk biarkan ianya mendidih.
Barulah masukkan Bahan A ini ke dalam Bahan B.Kacau sebati dan untuk dapatkan rupa kuih lompang yang cantik, tapiskan.
#2: Bila air dah mendidih, oleskan acuan kuih lompang dengan sedikit minyak dan kukus acuan sahaja sekitar 5 minit. Ini untuk jadikan lubang di sekitar kuih lompang terbentuk
Masukkan bancuhan 3/4 penuh ke dalam acuan dan kukus selama 15-20 minit menggunakan api sederhana besar. Jangan lupa balut penutup pengukus ya.
Bila dah masak, sejukkan barulah gaul dengan kelapa ikut selera masing-masing.Nak letak atas ke nak campur semua takde masalah.hee
Selamat mencuba resepi kuih best ni.
VIDEO RESEPI :