Siapa suka makan resepi kuih lopes yang dibuat daripada pulut , dengan teksturnya sedikit kenyal disalut dengan kelapa parut dan akhir sekali dicicah bersama sirap gula melaka.Memang susah nak dapatkan yang original sekarang sebabnya..
Kuih lopes original menggunakan sejenis bahan iaitu dikenali dengan abu chang. Apa itu abu chang ?
Ianya sejenis bahan alkali yang tujuan untuk mengenyalkan kuih.Banyak digunakan oleh orang Cina dalam penyediaan kuih lopes dan kuih kasui. Bahan ini buatkan tekstur kuih menjadi kenyal.Tapi kita tak guna banyak pun, cukup sekadar sebiji kecil direndamkan bersama pulut.
Air abu chang pula digunkan untuk melembutkan sotong rendam, sotong kering untuk dibuat sambal pula.
So kalau tak de abu chang x boleh buat la resepi kuih lopes ni ?
Boleh je.Gunakan sedikit kapur atau air abu alkali yang mudah didapati di kedai atau di bakeri.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Hari Lebaran Nanti
Tips untuk merendam pulut untuk kuih lopes mudah ni, jika anda gunakan beras pulut biasa, rendam semalaman dari malam ke petang. Tapi jika guna beras pulut susu, cukup sekadar 4-5 jam sahaja yang direndam bersama jus pandan, pewarna hijau dan juga abu chang / air kapur tadi.
Terima kasih kepada Puan Mas Cotek yang menunjukkan cara membuat kuih lopes original ni pada kami semua.Anda boleh lihat banyak lagi resepi kuih muih di fb ny.
Bahan Resepi Kuih Lopes Original :
- 3 cawan beras pulut
- 6 helai daun pandan dikisar bersama 3 cawan air dan ditapis
- sedikit pewarna hijau
- 1 biji abuchang @ khee dalam anggaran sebesar guli atau 2 1 sudu teh kapur makan
Semua ini dicampur sekali dalam rendaman beras pulut mengikut jenis beras pulut yang dinyatakan di atas
Bahan lain :
- daun pisang
- tali atau getah
- kelapa parut
- secubit garam
Bahan untuk air gula kuih lopes :
- 3 keping gula melaka
- 1/4 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 2 1/2 cawan air
Masak semua bahan , sejuk dan tapis
Cara Penyediaan Kuih Lopes Original Sedap :
#1: Pulut yang siap direndamkan tadi tak perlu dibasuh.Tapis dan kukus pulut selama 1/2 jam menggunakan api sederhana.
#2: Bungkus pulut yang siap dikukus ke dalam daun pisang, kemaskan dengan ikat hujung kedua-duanya dengan tali atau getah.Ada yang panggil ikatan pocong.hee
#3: Rebus selama 1 jam dan sejukkan barulah di potong dengan benang secara bulat.Masukkan potongan kuih lopes tadi ke dalam mangkuk berisi kelapa parut beserta secubit garam.Gaulkan sebati
Nak makan, barulah letakkan sirap gula melaka tadi atau anda boleh cicah .Yang penting rasa kuih yang dimasak sebegini memang sedap dan teksturnya kenyal .
Jadi anda dah tahu cara beserta tips nya kan.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom