Cantik sangat hasil resepi kuih loyang kali ini. Tengok pun tak jemu apatah lagi untuk dimakan. Nampak sangat sedap dan lain dari biasa kuih loyang ini.
Kuih loyang Opah Sapiah ini tidak menggunakan air kapur sebagai agen untuk merangupkan kuih. Antara tips penting yang perlu anda tahu ialah :
1. Bancuhan kena tepat. Tidak terlalu pekat dan cair. Kerapuhan kuih loyang itu bergantung pada bancuhan. Tepung beras kami guna jenama Bunga Teratai.
2. Sangat penting jangan terlebih gula. Rasa dulu hujung lidah. Warna akan menjadi gelap dan serap banyak minyak kalau terlebih gula. Kuih loyang akan cepat hapak.
BACA DI LINK BARU : Resepi Pulut Sekaya Best Dan Lengkap.Rugi Anda Tak Buat
3. Pastikan minyak cukup panas. Rehat kejap jika terlalu panas sebab kuih loyang akan ada biji-biji meletop. Kuih kita tidak cantik.
4. Jangan paksa bunga jatuh dari loyang. Dia akan jatuh sendiri bila dah hampir keras. Pastikan juga jangan sesekali letak cecah lantai kuali. Bontot kuih akan rosak dan mengembang. Pegang / gantung supaya tak kena lantai kuali. Guna lidi satay kalau melekat.
5. Jangan goyang acuan terlalu kasar. Nak mudah gunakan 2 loyang untuk satu kuali. Cepat sikit siap. Jemu nak tunggu siap.
6. Biarkan dulu keras baru terbalikkan masa dalam kuali. Kalau terbalikkan bunga masa tepung masih lembut nanti bentuk akan berubah / jadi senget-benget. Kuih akan jadi buruk. Tak selera nak makan.
7. Tapis minyak sekurangnya 3 kali sebelum kuih disimpan. Macam kami lepas masak letak atas penapis minyak. Lepas tu alih dalam bekas lain. Baru masuk bekas besar. Dah 2-3 hari minyak dah tapis baru masuk botol packaging. Jangan terus masuk botol atau plastik pembungkus.
8. Sesetengah loyang akan melekat. Lepas guna rendam dalam minyak. Ada pantang cakap tak boleh dibasuh apatah lagi kena sabun. Macam kami memang akan lap bagi kering je minyak tu. Ikutlah sendiri. Sebab kami memang eksprimen. Basuh je terus rosak acuan tu. Melekat dan tak boleh guna dah. Faktor ketahanan acuan loyang tu sendiri.
9. Salah satu faktor kenapa kuih loyang berbau hapak dan tidak tahan lama adalah sebab minyak. Kebanyakan peniaga lepas masak je terus masuk balang /plastik pembungkus. Sebab tu la ramai yang komplen tak sedap.
Memang sangat berguna sangat tips-tips resepi kuih loyang yang diberikan di atas ini. Kalau anda nak rasa kuih yang betul-betul berkualiti, silalah cuba.
Bahan Resepi Kuih Loyang Sedap :
- 1 paket tepung beras – jenama Bunga Teratai
- 1 biji telur – Gred B
- 1 1/2 cawan gula – (air gula) ikut rasa
- 1/2 biji kelapa – santan
- Garam – ikut rasa
Cara Penyediaan Resepi Kuih Loyang Seperti Pakar :
#1: Masukkan tepung beras, telur, air gula,garam dan santan ke dalam blender dan kisar sampai halus. Buat dalam 2 kali sukatan kalau blender kecik. Tapiskan masuk ke dalam bekas besar. Tapis untuk elakkan berketul ya.
#2: Panaskan periuk yang minyak untuk merendam acuan dan juga kuali yang ada minyak untuk menggoreng.
Celupkan acuan ke dalam periuk dalam anggaran 1-2 minit dan barulah direndam ke bekas yang ada adunan kuih loyang tadi. Celup 3/4 daripada acuan sahaja untuk mudahkan kuih ros tanggal. jangan celup keseluruhan acuan.
Bila dah celup tu dalam adunan, celup pula dalam minyak untuk menggoreng dan goyang sedikit supaya adunan tertanggal.
Tapi kalau anda nak rendam dalam kuali yang sama pun boleh aslkan guna kuali besar tapak rata ya. Ada dalam gambar kami sertakan ni.
#3: Seeloknya guna dua acuan supaya cepatkan kerja. Masak macam biasa dan ulang langkah celup dlm minyak panas khas untuk rendam acuan, celup 3/4 ke dalam adunan, celup goyang dalam kuali menggoreng.
Itu je langkah yang perlu anda buat.
Memang berbaloi bila dah siap. Rasa kuih ros yang rangup ni dan tersusun cantik dalam bekas bagaikan tarikan untuk tangan menggapainya dan disuap ke dalam mulut. Selamat mencuba resepi best ini.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom