Resepi Kuih Nagasari Pisang Yang Berbaloi Buat .Sedap Sangat

29437
Memang best resepi kuih nagasari ni.Guna pula pisang raja atau pisang nangka, kukus ,memang lemak elok. Nak sedap guna santan semulajadi bukan santan kotak.

Hari ini kami kongsikan resepi kuih nagasari pisang  untuk anda cuba sendiri kesedapan kuih tradisional ini. Ramai yang tertukar di antara kuih nagasari dengan kuih lepat pisang.

Indentiti kuih nagasari adalah kuih yang dibungkus di dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Di dalam daun pisang, santan  yang dimasak dengan tepung membaluti pisang pilihan.Kalau nak wangi lagi, ada yang letak daun pandan.Terpulang.

Walaupun rupa luarannya seakan sama kerana cara pembungkusan yang serupa dan cara masak yang sama iaitu dikukus , tapi kedua kuih ini adalah berlainan dari segi rasa. Kuih nagasari juga disebut kuih bandang di sesetengah tempat.

BACA DI LINK BARU : Resepi Taufu Fa Pasar Malam Yang Sedap Sangat Untuk Dicuba

Untuk resepi kuih nagasari ini, selain daripada pelbagai jenis pisang yang anda boleh guna antaranya pisang raja,pisang nangka, pisang emas, pisang berangan dan lain-lain lagi, boleh juga diganti bahan utama dengan jagung ataupun cendol.Asalkan tekak anda mahu makan.

Untuk dapatkan rasa lagi sedap, gunakan santan segar di kedai proses santan dan bukan gunakan santan kotak. Ini adalah perkara utama untuk dapatkan kuih yang beraroma wangi dan rasa yang lebih berkrim.

Teringat saya sewaktu kecil dulu, oleh kerana pokok pisang banyak di belakang rumah, makan selain daripada lepat pisang, kuih bungkus manis, kek pisang, maka kuih nagasari ini menjadi pilihan untuk dijadikan menu jualan pada ketika itu.

Memang best resepi kuih nagasari ni.Guna pula pisang raja atau pisang nangka, kukus ,memang lemak elok. Nak sedap guna santan semulajadi bukan santan kotak.

Bahan Resepi Kuih Nagasari Pisang :

  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan sederhana cair
  • 2 sudu makan membukit  tepung jagung
  • 2 sudu besar rata gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2)
  • Daun pisang secukupnya

Cara Penyediaan Resepi Kuih Nagasari Pisang Raja :

#1: Di dalam satu bekas, masukkan tepung beras bersama dengan santan, gula, garam dan juga tepung jaga. Cukup sekadar whisk sahaja hingga sebati. Tapis bancuhan untuk dapatkan adunan yang licin ke dalam periuk.

Panaskan periuk dengan api sederhana kecil dan whisk tanpa henti sehinggalah adunan nagasari mulai memekat dan kental.Barulah tutup api dan bairkan suam. Jangan terlalu pekat nanti sejuk ianya menjadi lebih kental dan kuih nagasari tidak cantik.

Memang best resepi kuih nagasari ni.Guna pula pisang raja atau pisang nangka, kukus ,memang lemak elok. Nak sedap guna santan semulajadi bukan santan kotak.

#2: Ambil daun pisang, layurkan dan potong ikut saiz yang sesuai.Letak 1 1/2 sudu makan adunan tepung dan ratakan sedikit. Letak pisang raja yang telah dipotong dua tadi dan tambahkan lagi sedikit adunan tepung di bahagian atas.

Ratakan hingga adunan tepung menutupi pisang dan balut seperti anda membungkus kuih lepat iaitu bahagian hujung kiri kanan dilipat di bahagian bawah.

#3: Panaskan air dalam pengukus di awal-awal tadi hingga mendidih dan barulah masukkan kuih nagasari untuk dikukus pada api sederhana besar lebih kurang 20-30 minit atau sehingga masak.

Sejukkan kuih nagasari seketika dan boleh la makan. Memang best dan mudah untuk anda cuba tau. </>